Berita Terkini

3 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Peristiwa Sejarah Bangsa Malaysia Wajar Digali Untuk Filem Kenegaraan, Bhg. 1

Kita menyedari kepentingan filem bertemakan kenegaraan adalah untuk mencambahkan benih semangat patriotisme anak watan terhadap bangsa dan negara tercinta. Cukupkah karya sedia ada?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 3:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee diakui umum sebagai filem bertemakan patriotik yang cemerlang kerana impak cerita dan lakonannya menusuk hati penonton.

Meskipun dihasilkan lebih 60 tahun lalu sejurus negara merdeka, filem itu mendapat perhatian masyarakat ketika itu hingga kini kerana kesan emosi dan garapan patriotisme.

Sebagai sebuah filem hitam putih berlatarkan zaman pendudukan tentera Jepun di negara ini menerusi terbitan Shaw Brothers (1958), Sarjan Hassan dilihat memberi impak jati diri bangsa di Persekutuan Tanah Melayu yang baru sahaja mencapai kemerdekaan.

Ia sebuah karya aksi drama berpaksi kisah perang dan berkonsep patriotik dan kenegaraan yang masih relevan dengan mood penonton masa kini meskipun kerap disajikan di kaca televisyen.

Mengikut catatan sejarah, Seruan Merdeka adalah filem cereka Melayu pertama yang memperkenalkan konsep cerita patriotik.

Ia diterbitkan Malayan Arts Productions pada 1947, sejurus berakhirnya Perang Dunia Kedua serta menampilkan lakonan Salleh Ghani, Rokiah Hanafi@Wandah, Bachtiar Effendi, Syed Ali Al-Attas, Suhara Effendi, D Harris dan Siti Tanjung Perak.

Gambar: sgfilmmediarep.wordpress.com
Gambar: sgfilmmediarep.wordpress.com

Satu lagi filem bertema patriotik yang dihasilkan sesudah lebih 20 tahun negara ini merdeka adalah Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsudin.

Kisah filem itu nyata memberi kesan lebih dramatik dan emosi mendalam kerana kesedihan melankolik berlatarkan kisah patriotisme anak watan menjaga keselamatan negara.

Filem yang diterbitkan pada 1981 itu cukup memberi kesan pada elemen spiritual penonton dari aspek kecintaan terhadap keamanan negara.

Mengisahkan pasukan polis di sebuah balai kecil di Bukit Kepong, Muar, filem ini adalah gambaran sebenar kejadian tragis yang berlaku pada 1950.

Ia bukan sekadar sebuah filem propaganda. Sebaliknya, kisah yang cuba mengimbas semula pengalaman pahit getir anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka yang terpaksa menghadapi keganasan anggota komunis. 

Sejarah negara mencatatkan pada era 40-an hingga 60-an, pengganas dari Parti Komunis Malaya (PKM) kerap melakukan kegiatan memporak-perandakan suasana politik, keselamatan dan sosial di Tanah Melayu.

Mereka mahu merampas negara ini demi keinginan jahat menjadikannya sebagai republik komunis. 

Kita akui dalam beberapa dekad ini, industri perfileman negara agak kerap menghasilkan filem cereka berlatarkan kisah perang dan ancaman pengganas komunis, selain mengangkat tokoh pejuang kemerdekaan, pasukan keselamatan dan kepemimpinan politik negara.

Begitu juga dengan penghasilan filem bertemakan kehebatan atlet sukan. Ia diterbitkan dengan genre aksi drama, melodrama, biopik, aksi komedi mahupun aksi penuh.

Selepas Bukit Kepong, rakyat disajikan filem bertemakan perang dengan konsep patriotik seperti Prebet Lapok, Darah Satria, Leftenan Adnan, Paloh, Embun, 1957: Hati Malaya, animasi Silat Legenda dan Putih, selain Tanda Putera dan Bravo 5 serta Merong Mahawangsa.  

Dalam sedekad yang lalu, kita menyaksikan filem bertemakan kenegaraan yang pelbagai tema dan menarik ceritanya dihasilkan menerusi judul Bilut, Kapsul, Kanang, Paskal, Lee Chong Wei, The Malay Regiment, Sambathan, Ola Bola, Geran, Tangisan Akinabalu, selain beberapa judul baru yang bakal ditayangkan seperti Mahathir: The Journey, Mat Kilau, The Coast Guard, Paskal 2 dan Adiwiraku 2.

Kita menyedari kepentingan sesebuah filem bertemakan kenegaraan adalah untuk mencambahkan benih semangat patriotisme anak watan terhadap bangsa dan negara tercinta.

Filem berkonsep patriotik mahu mengajak membina jati diri, merangsang moral dan nilai serta semangat mengukuhkan kasih sayang negara. 

Filem-filem sedemikian meskipun dilabel sebagai propaganda, ia sememangnya menjadi propaganda dalam tujuan membentuk peradaban anak watan pelbagai etnik dan kaum, budaya dan agama, supaya dapat membina kesedaran, keinsafan dan perpaduan rakyat demi kesejahteraan ibu pertiwi. 

Malaysia terbentuk dalam perjuangan yang perit sebelum bumi tercinta ini mencapai kemerdekaan.

Perpaduan kaum dan penyatuan nasional yang dibina bukannya dengan sekadar slogan atau kerjasama politik, sebaliknya atas kesedaran tinggi untuk hidup saling aman dan toleransi, menghormati sesama sendiri meskipun dalam adat budaya, resam, susur galur etnik dan agama berbeza.

Semua ini berhasil kerana atas rasa sayangkan terhadap keamanan, kedamaian dan kesejahteraan pada bumi yang kita pijak, langit yang kita naungi bersama.  

Maka sebab itu, filem-filem berkonsepkan patriotik atau kenegaraan harus sentiasa kerap diterbitkan di negara ini. Ini penting untuk menyuburkan dan membantu memberi peringatan. Ia harus diperbanyakkan. Ia perlu diterbitkan setiap tahun dengan banyak judul baharu. 

Filem sebegini masih penting untuk membantu membina jati diri dan kecintaan rakyat negara ini supaya lebih sedar dan insaf mengenai erti perpaduan, keharmonian dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan negara.

Meskipun berbeza ideologi politik mahupun fahaman, apa yang jelas patriotisme harus disuburkan sepanjang masa.

Kerajaaan menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) harus lebih peka dengan menyediakan bajet lebih besar untuk tujuan ini.

Peruntukan besar diperoleh menerusi Belanjawan Negara untuk tujuan seni budaya dan perfileman harus menyokong kepada rangsangan memperbanyakkan lagi bilangan filem yang mendokumentasikan konsep dan elemen sedemikian. 

Pendek kata, Malaysia harus memperbanyakkan filem kenegaraan supaya lebih banyak usaha mempropagandakan bangsa Malaysia dilakukan. Meskipun kita sudah ada senarai filem bertemakan patriotik dan kenegaraan dihasilkan tetapi jumlah masih sedikit. 

Banyak lagi kisah sejarah mengenai ketokohan, insiden penting mengenai sesuatu peristiwa penting mengenai bangsa dan negara tidak dibongkar menerusi filem cereka. Kita masih lemah untuk mengangkat ketokohan masyarakat dan ikon sebenar pejuang bangsa dalam melawan penjajah.             

Kita masih gagal mengangkat kisah kejayaan pemimpin terdahulu atau wira yang tidak didendang dalam jerih-perih menyatukan rakyat negara ini. Kita masih lompang dengan filem yang mengajak untuk menghayati makna perpaduan dan integrasi kaum.

Kita masih lemah meneroka sisi hebat sejarah bangsa sendiri. Kita masih gagal untuk menjulang mereka yang sebenarnya wira sebenar untuk negara. Kita masih ketandusan filem cereka yang berjaya mengupas persoalan dan intipati kejayaan-kejayaan dalam negara kita di pentas dunia.

Tahun ini bumi tercinta kita meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-64.

Namun, meninjau kepada lambakan filem tempatan yang sedia ada sebelum ini, kebanyakan judulnya adalah mengenai filem kisah cinta, seram, aksi gangster dan komedi yang tidak menyumbang kepada pembinaan jati diri. 

Sebaliknya, ia lebih mengajak kepada hiburan kosong dan menjunjung khayalan dan angan-angan kosong.

Sampai satu peringkat, kebanyakan filem yang disajikan di pawagam kita sudah menyumbang kepada elemen hiburan berlebih-lebihan yang mencapai peringkat budaya hedonism.

Apa sebenarnya kita mahu untuk bekalan minda dan jiwa generasi masa depan kita? - Getaran, 22 Ogos 2021

Bahagian Kedua 'Peristiwa Sejarah Bangsa Malaysia Wajar Digali Untuk Filem Kenegaraan' akan diterbitkan dalam TARA minggu hadapan. Jangan ketinggalan.

Isu Pada

Kisah Dongeng Nyata Che Puan Juliana Evans

21 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Sijil UEC: Tak Perlu Iktiraf, Ia Berkiblatkan Negara Lain, Ada Kelompongan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘RM50 Juta Sikit Sebenarnya, Tapi Memadailah Sebagai Permulaan,’ - Penerbit Mat Kilau

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Banyakkan Filem Patriotik, Sejarah, Kukuhkan Semangat Kenegaraan - Agong

4

TARA 1 tahun yang lalu

Industri Perfileman Malaysia Kembali Bernafas

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut