web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sijil UEC: Tak Perlu Iktiraf, Ia Berkiblatkan Negara Lain, Ada Kelompongan

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 7:13AM

Tokoh akademik berpendapat UEC mempunyai beberapa ‘kelompongan’ yang tidak menepati sistem pendidikan diamalkan Malaysia, termasuk tiada ‘roh dan jati diri warganegara’ - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) yang disifatkan ‘berkiblatkan’ negara lain dan tidak selaras keperluan sistem pendidikan tempatan adalah tindakan tepat, kata tokoh akademik.

Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berpendapat, UEC mempunyai beberapa ‘kelompongan’ yang tidak menepati sistem pendidikan diamalkan Malaysia, termasuk tiada ‘roh dan jati diri warganegara’.

Malah, beliau berkata, sijil UEC lebih ‘mendewakan’ mata pelajaran dari negara lain, berbanding pengetahuan berkaitan sejarah Malaysia sendiri.

“Jika dilihat daripada tenaga pengajarnya sendiri, mereka bukan golongan pendidik yang mendapat latihan dari Malaysia atau dilatih semula untuk mengajar oleh KPM.

“Kandungan kokurikulum yang menjadi asas sijil tersebut juga tidak mencerminkan sistem pendidikan negara. Apa yang kita mahukan adalah sistem yang mengajar sekurang-kurangnya 95 peratus mengandungi pembelajaran mengenai tanah air sendiri.

“Saya secara peribadi tidak mahu sijil yang mendewa-dewakan pemimpin atau sejarah negara lain diiktiraf oleh kerajaan,” katanya kepada Getaran.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) itu berkata, antara kriteria lain perlu diperhalusi kerajaan untuk mengiktiraf UEC adalah bahasa pengantar yang digunakan dalam sistem tersebut.

Menurutnya, ia tidak menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, sebaliknya menggunakan bahasa lain.

“Jika mahu diiktiraf, sekurang-kurangnya perlu menggunakan 60 hingga 70 peratus Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

“Selain itu, bahan rujukan diguna pakai antara perkara yang menyebabkan sijil tersebut tak perlu diiktiraf kerana kandungannya mestilah mencerminkan Malaysia, bukan negara lain,” katanya.

Fadhlina Sidek sebelum ini berkata KPM tiada perancangan untuk mengiktiraf UEC yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) - Gambar Fail
Fadhlina Sidek sebelum ini berkata KPM tiada perancangan untuk mengiktiraf UEC yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) - Gambar Fail

Tegas beliau, pihak yang mendesak sijil tersebut diiktiraf, tidak mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian kerana sistem pembelajarannya tidak melambangkan Malaysia, sebaliknya mengagungkan negara asal.

“Jadi mereka tiada alasan pun untuk mendesak ia diiktiraf. Apa alasan untuk sijil tersebut diiktiraf, sedangkan asas kenegaraan dalam kurikulum pembelajarannya tidak sesuai dengan sistem diamalkan di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit di Dewan Rakyat, baru-baru ini mengenai pendirian terkini KPM berhubung pengiktirafan terhadap UEC menegaskan, pihaknya tiada perancangan untuk mengiktiraf sijil itu.

Beliau berkata, ketetapan itu dibuat berlandaskan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

“Hingga kini, KPM tiada perancangan untuk mengiktiraf UEC yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC),” katanya.

Menyuarakan pendapat sama, Pakar Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, sebagai sebuah negara merdeka, sistem pendidikan Malaysia adalah selaras bagi semua pelajar.

Jelasnya, walaupun negara mengiktiraf sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan (SJK) dan sekolah agama (SRA), sistem pendidikannya menggunakan kokurikulum yang setara dan selaras untuk semua sekolah.

Malah, beliau berkata, UEC tidak menggunakan sistem kebangsaan, sebaliknya kurikulum yang dibina dari negara luar dan tidak diiktiraf Malaysia kerana tidak bersifat kebangsaan.

“Kita tidak mengiktiraf (UEC) kerana kita sudah ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Kedua-dua sijil berkenaan diiktiraf di peringkat antarabangsa yang membolehkan anak-anak melanjutkan pelajaran ke luar negara.

“Jadi tiada keperluan untuk kita mengiktiraf UEC ini kerana SPM dan STPM sudah diiktiraf hampir di keseluruhan universiti di luar negara,” katanya.

Sebaliknya, Anuar berkata, UEC yang dibenar dilaksanakan di negara ini sejak tahun 1975, tidak diiktiraf untuk pengambilan penjawat awam.

“Cukuplah dengan kita menerima dan membenarkan UEC dilaksanakan di sekolah persendirian di negara ini dan tiada keperluan mengiktirafnya kerana tidak menggunakan kokurikulum kebangsaan,” katanya. - Getaran, 6 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 3 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad