web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Industri Perfileman Malaysia Kembali Bernafas

Kejayaan filem 'The Assistant' meraih kutipan RM3 juta merupakan petanda bahawa masih ada sinar harapan untuk filem tempatan kembali mendominasi carta pawagam Malaysia.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Jun 2022 2:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Industri perfileman tanah air dilihat kembali mampu bernafas selepas hampir tiga tahun tumbang akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Situasi buruk ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah industri filem besar seperti Hollywood dan Bollywood juga hampir lumpuh.

Banyak filem yang gagal mencapai kutipan sasaran, malah ada penerbit yang terpaksa menangguhkan tayangan bertahun lamanya.

Sebagai contoh, filem perisik terkenal James Bond iaitu No Time To Die yang ditangguhkan tayangan selama satu tahun setengah namun masih gagal menghampiri sasaran kutipan. 

Filem tempatan The Assistant yang masih ligat ditayangkan di pawagam menjadi penanda aras bahawa masih ada sinar dan masa depan yang cerah buat industri filem Malaysia.

The Assistant yang diarahkan oleh Adrian Teh dan dilakonkan oleh Hairul Azreen dan Iedil putra berjaya mengutip RM3 juta dalam masa dua minggu tayangan biarpun filem ini adalah untuk tontonan 18 tahun ke atas. 

Di Hollywood pula, filem Top Gun Maverick yang dilakonkan oleh Tom Cruise berjaya mendominasi carta pawagam di seluruh dunia dan sehingga kini telah mengaut jumlah kutipan tiket sebanyak USD390 juta (RM1.7 bilion) dalam masa seminggu tayangan.

Terdahulu filem terbitan Marvel, Doctor Strange: In The Multiverse of Madness berjaya mengutip sebanyak USD882 juta (RM3.9 bilion). Filem Batman pula berjaya mengutip sebanyak USD770 juta (RM3.4 bilion). 

Di Malaysia pula, kelihatan peminat filem tempatan sudah teruja untuk menantikan filem-filem hebat seperti Mat Kilau dan Air Force yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Menurut tinjaun Getaran di YouTube, rata-rata netizen memberikan komen positif terhadap trailer filem Mat Kilau arahan pengarah ‘box office’, Syamsul Yusof. 

Filem Tiga Janda Menawan Dunia juga turut mendapat ulasan positif dari penonton biarpun dibintangi oleh tiga pelakon wanita senior sebagai teraju utama. 

Walaupun industri perfileman terpaksa bersaing dengan platform tontonan digital dan penstriman popular, tetapi masih ada peminat filem yang mencari kepuasan menonton di layar lebar untuk merasai pengalaman menonton dengan kesan visual dan bunyi yang tidak boleh dialami di rumah. 

Kepada pembikin filem tempatan, usah berputus asa kerana bukan kita sahaja yang sedang berperang dengan situasi ini, tetapi seluruh dunia.

Teruskan menghasilkan karya-karya bermutu yang mampu mengajak penonton untuk hadir ke pawagam menyokong filem tempatan. 

Semoga berjaya kepada semua filem-filem tempatan yang bakal menjengah pawagam tidak lama lagi.

Sama-sama kita sokong filem Malaysia agar ia tidak sepi dan lenyap di sebalik filem-filem antarabangsa yang lain. – Getaran, 5 Jun 2022

Isu Pada

Merungkai Magis Pulau Mauritius

04 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Filem Tempatan Banyak Potensi, Kena Berani Cuba Yang Baharu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini