web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banyakkan Filem Patriotik, Sejarah, Kukuhkan Semangat Kenegaraan - Agong

Seri Paduka turut menzahirkan rasa bangga dan kagum dengan mutu filem dan lakonan yang dijayakan oleh syarikat penerbitan tempatan, barisan produksi, pelakon filem 'Mat Kilau'.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Sep 2022 6:27PM

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan berangkat menonton filem 'Mat Kilau' di The Gardens Mall semalam - Gambar Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar penerbitan filem-filem berunsurkan patriotik dan epik sejarah dapat dibanyakkan bagi menyemarak dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan serta kenegaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Istana Negara menerusi catatan di Facebook rasminya memaklumkan, Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan bahawa fenomena yang dicetuskan menerusi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan boleh menjadi contoh dan inspirasi kepada industri perfileman negara.

Menurut catatan itu, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan berangkat menonton filem Mat Kilau di The Gardens Mall semalam. 

Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Hadir sama, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut warga syarikat penerbitan filem, Studio Kembara Sdn Bhd dan beberapa pelakon filem berkenaan.

"Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan tahniah kepada syarikat penerbitan, pengarah dan barisan pelakon atas kejayaan mengungguli senarai filem tempatan paling laris pernah diterbitkan dalam sejarah perfileman negara, hampir mencecah RM100 juta," menurut catatan itu.

Seri Paduka turut menzahirkan rasa bangga dan kagum dengan mutu filem dan lakonan yang dijayakan oleh syarikat penerbitan tempatan, barisan produksi, pelakon serta sambutan hebat rakyat terhadap filem tersebut. 

Selain mencetuskan fenomena setelah ditayangkan dalam negara pada 23 Jun lepas, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang diarahkan oleh Syamsul Yusof turut ditayangkan di Indonesia bermula 31 Ogos lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...

Muzik 16 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.