Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Wanita Inspirasi Olimpik Tokyo 2020

Dari Olimpik ke kehidupan sehari-hari, minggu ini kami soroti lima atlet wanita Olimpik yang berjaya memberi inspirasi untuk terus berusaha mengorak langkah ke arah kejayaan.

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 3:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Temasya Sukan Olimpik Tokyo melabuhkan tirai pada 8 Ogos baru-baru ini, dengan menyaksikan kejayaan (dan kekecewaan) yang membawa cerita suka-duka yang tersendiri.

Usaha dan pengorbanan yang ada dalam perjalanan setiap atlet ke persada antarabangsa dan pentas Olimpik tidak ditonton ramai, malah apa yang disaksikan hanyalah kemuncak usaha tersebut yang mungkin berlangsung tidak sampai beberapa minit pun. 

Minggu ini kita sorot lima wanita yang yang berjaya memberi inspirasi dan peringatan kepada penulis untuk terus berusaha dan mengorak langkah ke arah kejayaan, tak kira dalam bidang apa sekalipun.
 

5. Bev Priestman

Gambar: Instagram @bevpriestman
Gambar: Instagram @bevpriestman

Yang sering diraikan dalam bola sepak wanita adalah para pemain. Dan dalam dunia bola sepak wanita sekarang, nama-nama seperti Alex Morgan dan Marta sering meniti bibir para peminat.

Bev bukanlah seorang pemain, tetapi seorang pengurus pasukan dan ketua jurulatih. Tidak seperti ramai jurulatih lain, beliau tidak pernah bermain bola sepak secara profesional. 

Beliau merupakan pembantu jurulatih pasukan bola sepak wanita England pada Piala Dunia 2019 di mana pasukan itu layak ke separuh akhir.

Apabila pengurus pasukan ketika itu, Phil Neville, meletakkan jawatan, ada ura-ura Bev boleh dilantik menjadi pengurus. Tetapi FA England mahukan orang yang lebih berpengalaman. 

Satu pintu ditutup, yang lain akan dibuka dan bagi Bev, beliau disunting pasukan bola sepak wanita Canada.

Membawa pasukannya ke Tokyo, dia tidak memandang ke belakang dan hanya selepas 14 perlawanan sebagai pengurus, dia berjaya membimbing pasukan tersebut memenangi pingat emas Olimpik!

Strategi dan taktik beliau dalam perlawanan akhir menentang pasukan favourite Sweden membawa pulang pingat yang begitu bermakna - dan England mungkin termenung memikirkan apa yang mereka telah lepaskan dalam rangka persediaan kejohanan bola sepak wanita Euro 2022. 

 

4. Sifan Hassan

Gambar: Instagram @sifanhassan
Gambar: Instagram @sifanhassan

Di tempat kelima, atlet dari The Netherlands kelahiran Adama, Ethiopia, iaitu Sifan Hassan. Beliau merupakan seorang atlet lumba lari jarak sederhana.

Pada Olimpik tahun ini, beliau mengambil bahagian dalam acara 1500m, 5000m dan 10,000m atas balapan.

Bagi peminat olahraga, Sifan mungkin sudah muncul di radar. Beliau merupakan juara dunia bertahan dalam acara 1,500m dan 10,000m dan pemegang rekod dunia ‘mile run’. 

Yang menjadi inspirasi ialah ketika dia berlari dalam pusingan awal 1500m, dia terjatuh apabila salah seorang atlet lain terjatuh di depannya.

Sifan - yang memang gemar memulakan larian dari belakang dan memecut di saat akhir - terus bangkit dan meneruskan larian lantas memotong seramai sebelas pelari lain dan menghabiskan larian pusingan awal itu di tempat pertama!

Kalau itu tidak cukup hebat, beliau kembali ke balapan kurang sehari kemudian untuk berentap dalam acara 5000m - dan menang pingat emas! 

 

3. Lauren Price

Gambar: Instagram @laurenprice
Gambar: Instagram @laurenprice

Lauren merupakan peninju wanita dari Wales yang dibesarkan oleh datuk dan neneknya sejak berusia 3 hari kerana ibu bapanya berasa mereka tidak lagi boleh menjaga beliau.

Mulanya, beliau berkecimpung dalam sukan kickboxing dan menjadi juara dunia pada usia belasan tahun. Dia dipanggil menyertai skuad latihan Taekwando Great Britain, tetapi merasakan sukan itu tidak secocok dengannya lalu mula berjinak-jinak dengan sukan tinju.

Tetapi pada masa yang sama, beliau juga mempamerkan potensi yang begitu memberansangkan dalam sukan bola sepak.

Kehebatan beliau di atas padang membawanya ke persada antarabangsa, mewakili Wales pada peringkat B17, B19 dan pasukan senior; serta mendapat kontrak mewakili pasukan wanita Cardiff City. 

Namun, dari kecil beliau bercita-cita untuk memenangi pingat Olimpik dan akhirnya pada tahun 2014 beliau bersara dari sukan bola sepak untuk memberi fokus khusus kepada tinju.

Oleh kerana tiada program latihan profesional, pada mulanya Lauren membawa teksi pada waktu malam untuk menyara hidup. Namun ini tidak mematahkan semangat juangnya, malah membakar lagi keinginannya untuk berjaya.

Berbekalkan semangat dari tulang belakangnya sedari dulu iaitu neneknya, pada Sukan Olimpik Tokyo, Lauren membawa pulang pingat emas yang diidamkan. 

Pada usia semuda 27 tahun, Lauren telah menjadi atlet bertaraf antarabangsa dalam bukan satu, tapi tiga sukan. 

 

2. Nur Dhabitah Sabri

Gambar: Instagram @dhabitah_sabri
Gambar: Instagram @dhabitah_sabri

Kadangkala, yang menjadi inspirasi bagi kita bukanlah di saat seseorang itu menang atau berada di kemuncak, tetapi bagaimana mereka melewati kesukaran dan kekecewaan untuk terus bangkit dan berusaha.

Pada temasya Olimpik kali ini, penerjun negara Nur Dhabitah Sabri meraih tempat keempat dalam acara 3m papan anjal, di belakang dua atlet dari Cina dan USA. 

Apabila ditanya bagaimana perasaan beliau selepas bertanding oleh wartawan Astro Awani, Dhabitah berkongsi pengalamannya berlatih dan bekerja keras ketika dunia pandemik dan impaknya terhadap kesihatan mental beliau.

Krisis kesihatan mental - yang disebut sebagai ‘pandemik tersembuyi’ - semakin menular tetapi oleh kerana stigma, ia terlalu jarang diperkatakan, terutamanya di kalangan atlet elit dunia.

Kesediaan Dhabitah berterus terang dalam soal ini patut menjadi contoh bukan sahaja di kalangan atlet, tetapi untuk semua supaya kesihatan mental dapat diberi perhatian yang sewajarnya. 

 

1. Anna Kiesenhofer

Gambar: Instagram @annakiesenhofer
Gambar: Instagram @annakiesenhofer

Sepertimana dalam semua acara, memang ada senarai atlet yang diramal mendapat pingat emas.

Dalam sukan lumba basikal wanita, penghormatan ini pada Tokyo 2020 diberi kepada atlet dari The Netherlands. Nama yang disebut-sebut ialah Anna van der Breggen dan Annemiek van Vleuten, dua pelumba basikal yang memang ternama.

Beberapa atlet lain seperti Elisa Longho-Borghini dari Itali dan Lisa Brennauer dari Germany juga disebut-sebut. Tiada sesiapa pun yang memandang waima sekilas kepada Anna Kiesenhofer dari Austria. 

Kebanyakan atlet pilihan ini juga merupakan penunggang basikal profesional dan menganggotai pasukan ternama dunia, serta menyertai kejohanan seperti Giro d’Italia Feminnile.

Anna Kiesenhofer bukan penunggang pilihan pasukan profesional dan berlatih tanpa jurulatih sebagai persediaan ke Tokyo. Malah, basikalnya pun khabarnya tidak ditaja oleh mana-mana pihak. 

Tetapi pada hari Ahad, 25 Julai, dalam perlumbaan road race sejauh 137km, Anna Kiesenhofer mengambil strategi untuk terus ke depan, hinggakan lawannya yang lain tidak sedar pun yang dia ada jauh di hadapan.

Pemilik ijazah PhD Matematik dan penyelidik di Ecole Polytechnique Fédérale de Lausanne ini tidak mempedulikan orang lain dan terus dengan game plan beliau sehingga garisan penamat, membawa pulang pingat emas. Atlet pilihan lain terpaksa berpuas hati dengan perak dan gangsa.

Kalau kita yakin dan berikan yang terbaik - walaupun basikal kita tak semahal basikal mereka yang menunggang dengan bergaya di hujung minggu - kita boleh berjaya. - Getaran, 21 Ogos 2021

Isu Pada

Kisah Dongeng Nyata Che Puan Juliana Evans

21 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Tewas Di Final BAC 2024

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 Diadakan 10 Mei

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Harimau Malaya Berlepas Ke Oman Tanpa Matthew Davies

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

Semasa 7 jam yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Direman 4 Hari

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Situasi Di Asia Barat: Malaysia Gesa Semua Pihak Cari Jalan Penyelesaian Diplomatik

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib