web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pandelela Tidak Patah Semangat, Mahu Terus Beraksi Di Paris

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 5:45PM

Pandelela bertekad untuk terus beraksi pada temasya edisi Paris 2024. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Keputusan mengecewakan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak mematahkan semangat Pandelela Rinong, sebaliknya ratu terjun negara itu bertekad untuk terus beraksi pada temasya edisi Paris 2024.

Penerjun berusia 28 tahun itu yang membuat penampilan keempat pada temasya Olimpik berkata, beliau akan berusaha memperbaiki prestasinya pada kejohanan akan datang, sekali gus dapat melayakkan diri bersaing pada temasya sukan berprestij itu di Paris.

“Ya, saya akan bertanding pada Olimpik akan datang. Saya tidak akan berputus asa kerana ini bukan Olimpik terakhir saya. Saya nak berusaha lagi untuk layak bertanding di Paris,” kata penerjun kelahiran Sarawak itu.

Pada aksi final di Pusat Akuatik Tokyo petang ini, Pandelela mempamerkan aksi mengecewakan sekali gus menamatkan saingan acara 10 meter platform wanita individu di kedudukan terakhir daripada 12 peserta.

Terjunan kurang kemas pada pusingan pertama menyaksikan Pandelela hanya meraih 18 mata, sebelum bangkit menampilkan aksi memuaskan dengan mengumpul 71.05 mata pada terjunan kedua.

Namun, pada pusingan ketiga beliau hanya memperoleh 60.80 mata, diikuti 52.80 mata (terjunan keempat) dan menamatkan cabaran dengan mengutip 43.20 mata di terjunan kelima.

Pandelela yang memenangi pingat gangsa dalam acara itu di Olimpik London 2012, secara keseluruhan mengumpul 245.85 mata selepas lima terjunan dan berada di kedudukan terakhir daripada 12 peserta di pentas akhir.

Pingat emas dimenangi penerjun China Quan Hongchan yang mengumpul 466 mata, manakala rakan senegaranya Chen Yuxi meraih perak (425.40 mata), sementara pingat gangsa milik penerjun Australia Melissa Wu yang mengutip 371.40 mata.

Pandelela berkata beliau kecewa dengan keputusan diraih pada temasya kali ini, namun banyak pengajaran dan pengalaman yang diperoleh bagi memperbaiki dirinya, bagi menghadapi kejohanan akan datang.

“Semasa terjunan pertama, saya tidak sangka perkara itu boleh berlaku … ketika hendak membuat terjunan saya tergelincir menyebabkan momentum saya lari (tidak teratur).

“Memang terkejut dan saya cuba kawal terjunan, namun nak buat macam mana, apa pun saya reda dengan keputusan hari ini,” katanya.

Pandelela berkata beliau cuba bangkit pada terjunan kedua dan seterusnya, namun gagal memperoleh mata yang banyak.

“Selepas terjunan pertama itu, saya cuba mengejar (mata berbanding) penerjun lain tetapi tidak berjaya.

“Saya memang tidak bernasib baik pada Olimpik kali, dan bukan rezeki saya,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Anugerah MTV Dibatalkan, Hormati Situasi Di Gaza

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pandelela Diangkat Sebagai Ikon Perpaduan Negara

3

TARA 3 tahun yang lalu

'Main Puteri' Dipentaskan Di Festival De I'Imaginaire, Paris Pada 7 Jun

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Jennie Blackpink Dan V BTS dirakamkan Berpegangan Tangan Di Paris, Peminat Ucap Tahniah

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad