web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dhabitah Terlepas Raih Pingat, Namun Menangi Hati Rakyat Malaysia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 6:21PM

Dhabitah ketika membuat terjunan dalam final acara 3m papan anjal wanita individu di Pusat Akuatik Tokyo hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Penerjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri mungkin terlepas pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020, namun penampilannya sudah pasti memenangi hati seluruh rakyat Malaysia dengan senyuman yang menawan.

Nur Dhabitah yang sentiasa mengukir senyuman ketika melakukan terjunan, terpaksa akur apabila menamatkan saingan akhir 3 meter (m) papan anjal wanita individu di kedudukan keempat di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini.

Penerjun berusia 22 tahun itu, menampilkan aksi konsisten pada setiap terjunan lima pusingan acara tersebut, namun pungutan mata diperolehnya tidak mencukupi untuk menaiki podium.

Penerjun berasal dari Kuala Lumpur itu terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat setelah mengumpul 326.15 mata selepas lima pusingan.

Juara bertahan dari China, Shi Tingmao yang mengumpul 383.50 mata memenangi pingat emas, manakala rakan senegaranya, Wang Han meraih perak setelah mengutip 348.75 mata.

Pingat gangsa milik Krysta Palmer setelah penerjun Amerika Syarikat itu mencatat 343.75 mata.

Ketika ditemui pemberita, Nur Dhabitah berkata walaupun gagal meraih pingat, beliau tetap berpuas hati dengan prestasinya kerana berjaya memberikan tentangan sengit kepada penerjun lain.

“Saya rasa sangat gembira, bangga dengan diri sendiri, malah jurulatih saya pun berpuas hati.

“Bagi saya, sasaran saya di sini adalah untuk masuk ke akhir. Saya masih muda dan perjalanan masih jauh,” katanya.

Nur Dhabitah berkata pada saingan hari ini, beliau sudah menampilkan segala kemampuannya dalam kelima-lima terjunan tersebut.

“Terjunan saya konsisten. Cuma bukan rezeki saya kali ini. Jadi tiada apa yang perlu dikesalkan kerana saya sudah memberikan segalanya,” kata beliau yang tekad berusaha keras bagi menghadapi kejohanan akan datang.

Ditanya mengenai penampilannya yang sentiasa senyum ketika melakukan terjunan, Nur Dhabitah berkata beliau benar-benar teruja dapat beraksi di pentas final itu.

“Saya menikmati sepenuhnya suasana saingan hari ini dan bagi saya bahasa badan adalah penting. Saya tidak mahu tunjuk kepada orang ramai yang saya gementar,” katanya, yang memenangi hati rakyat Malaysia dan menjadi ‘trending’ di media sosial walaupun gagal meraih pingat pada temasya sukan itu.

Nur Dhabitah berkata selepas temasya sukan itu, beliau ingin berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Saya rasa lama sangat tidak jumpa keluarga, rasa macam setahun,” katanya dalam nada sebak.

Sukan Olimpik Tokyo adalah penampilan kali kedua Nur Dhabitah di pentas Olimpik, selepas menduduki tempat kelima acara 3m papan anjal seirama bersama Cheong Jun Hoong dan tempat kesembilan dalam 10m platform pada Olimpik Rio 2016.

Semalam, pasangan Aaron Chia-Wooi Yik menyumbangkan pingat gangsa yang juga pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo, apabila menumpaskan beregu Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 17-21, 21-17, 21-14 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat di Musashino Forest Sport Plaza. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Kami Boleh Bersara Jika Ada Atlet Pelapis - Pandelela

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Nur Dhabitah Mahu Bebas Kecederaan Sebelum Kembalikan ‘Mood’ Bertarung

3

Sukan 3 tahun yang lalu

MS Puas Hati Prestasi Skuad Terjun Negara Di GP Malaysia

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Dhabitah-Syafiq Hadiahkan Gangsa Pada Hari Terakhir Di Kolam Renang

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 23 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad