web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengalaman Di Olimpik Tokyo Amat Bermakna - Syaqiera

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 5:10PM

Syaqiera tetap berbangga dengan pencapaiannya di Tokyo. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Biarpun terkandas seawal pusingan pertama, pemanah muda wanita negara Syaqiera Mashayikh yang membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik di Tokyo tetap berbangga dengan pencapaiannya.

Malah, peluang beraksi di Olimpik Tokyo, yang juga penampilan ketiganya di pentas antarabangsa selepas kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik 2020 dan Peringkat Ketiga Piala Dunia 2021 di Paris bulan lalu, memberi pengalaman amat bermakna buat atlet berusia 20 tahun itu.

Atlet kelahiran Segamat, Johor itu turut memulakan saingan acara recurve individu wanita di Tokyo dengan bergaya, selepas mencipta rekod panahan peribadi terbaik dengan pungutan 630 mata pada pusingan penentuan ranking pada Jumaat lepas.

Namun, Syaqiera yang menghuni ranking ke-355 dunia menyedari perjalanannya mengejar impian bergelar jaguh dunia masih jauh selepas tewas 4-6 kepada pemanah di ranking keempat dunia Elena Osipova dari Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC) semalam.

“Sudah tentu saya rasa berbangga dengan diri saya dan gembira dapat belajar sesuatu mengenai keyakinan diri. Saya harap dapat tingkatkan tahap ketahanan mental dan kemahiran, untuk membuat panahan lebih baik dalam kejohanan besar seterusnya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

“Bagi saya pengalaman di Tokyo amat bermakna dan sangat berharga, apatah lagi ia adalah Olimpik pertama saya,” tambah bekas pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di Bandar Penawar dan Sekolah Sukan Pahang di Gambang itu.

Mengulas mengenai penyingkirannya dari temasya berkenaan Syaqiera berkata, jika beliau mampu mengawal debaran serta tekanan, pastinya keputusan berdepan Osipova pada aksi di Lapangan Memanah Yumenoshima Park di Tokyo itu, boleh jadi sebaliknya.

Beliau juga menjelaskan, keadaan tangannya yang dilihat menggeletar ketika melakukan panahan pada aksi itu, disebabkan angin kuat yang menyukarkan beliau untuk menetapkan busur bagi melakukan panahan secara konsisten.

Syaqiera berjaya merekodkan 126 mata dalam keseluruhan 15 panahan pada aksi tersebut, kurang tujuh mata daripada Osipova, yang memenangi pingat emas Kejohanan Eropah dalam acara berpasukan bulan lepas.

“Perasaan berdebar saya itu memberi kelebihan kepada lawan saya, walaupun dia juga kelihatan tertekan. Tetapi sekurang-kurangnya dengan pengalaman luas dia dapat mengawal keadaan sekali gus memudahkan melakukan panahan,” katanya.

Sebagai rekod, Syaqiera merupakan pemanah wanita ketiga negara layak ke Olimpik selepas Mon Redee Sut Txi (Athens 2004) dan Nurul Syafiqah Hashim (London 2012).

Selepas ini, Syaqiera akan membuat persediaan bagi membolehkannya tampil lebih bersedia menjelang temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China dan Sukan SEA 2021 di Vietnam yang dijadual berlangsung tahun hadapan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Khairul Anuar Tekad Bangkit Semula Di Hangzhou

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Mohd Juwaidi Selangkah Ke Final Piala Dunia Memanah Di Antalya

3

TARA 3 tahun yang lalu

Festival Permainan Malaysia Suburkan Semangat Hidup Bermasyarakat - Nancy

4

Jelajah 3 tahun yang lalu

Ambil Peluang Jalin Kerjasama Dengan ITC, Tingkatkan Pelancong Luar - Nancy

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar