web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ambil Peluang Jalin Kerjasama Dengan ITC, Tingkatkan Pelancong Luar - Nancy

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 7:09AM

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyeru agar orang ramai memanfaatkan Pusat Pelancongan Islam (ITC). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyeru agar orang ramai memanfaatkan Pusat Pelancongan Islam (ITC) dengan menjalin kerjasama bagi menjana pendapatan dan menarik lebih ramai pelancong luar. 

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata dalam usaha memulihkan industri itu yang terkesan akibat COVID-19, MOTAC memerlukan idea golongan belia dan anak muda bagi mewujudkan produk baharu termasuk pelancongan Islam. 

“Seni budaya Melayu Islam seperti memanah, tulisan khat serta pelbagai kesenian yang lain boleh menjadi tarikan kepada pelancong luar. Mereka yang dianugerahkan kelebihan ini berpotensi menjadikan ia sebagai kerjaya sampingan yang turut boleh menguntungkan penduduk setempat.

“ITC menawarkan program latihan, pembangunan kapasiti serta khidmat nasihat seperti Kursus Latihan dan Bengkel Pemandu Pelancong Mesra Muslim (MFTG) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan pelancong Muslim serta bagaimana memenuhi keperluan mereka,” katanya semasa berucap pada majlis penutup Karnival Mini Kebudayaan dan Kesenian Islam Tahun 2022 di sini hari ini.

Beliau berkata ITC turut mengadakan Seminar Keusahawanan dan Kepimpinan Pelancongan Islam (ITELS) untuk menarik minat lebih ramai pengusaha perniagaan dan usahawan bagi meneroka pasaran Pelancongan Mesra-Muslim yang mampu memberi keuntungan tinggi susulan kecenderungan bercuti panjang serta berbelanja tinggi.

Katanya sebelum pandemik COVID-19 melanda negara, Malaysia menerima purata 5.3 juta ketibaan pelancong Muslim dengan jumlah tertinggi dari Indonesia, Brunei, Bangladesh dan Arab Saudi manakala sumbangan pendapatan pelancongan dianggarkan berjumlah US$3.8 bilion. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Gangguan Seksual Lelaki: Malaysia Catat Peningkatan Ketara - Nancy

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Mudah Kongsi, Sebar Video Kanak-Kanak Mangsa Cabul - Nancy

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan