web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Festival Permainan Malaysia Suburkan Semangat Hidup Bermasyarakat - Nancy

Malaysia kaya dengan warisan kebudayaan unik dan menarik termasuk permainan tradisi yang terhasil menerusi asimilasi pelbagai kaum dalam negara

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 8:30PM

Pertandingan memanah turut diadakan pada Festival Permainan Malaysia di padang Dataran Merdeka pada hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penganjuran Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2022 (FPM@KL2022) mampu menyuburkan semula semangat hidup bermasyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata festival itu selaras matlamat Dasar Kebudayaan Negara ke arah mengukuhkan perpaduan dan keperibadian jati diri rakyat dan identiti nasional.

"FPM@KL merupakan acara tahunan di bawah kalendar pelancongan yang diadakan di peringkat negeri sebagai satu produk pelancongan budaya.

"Ia bertujuan menyemarak dan mengapungkan kembali keunikan kesenian tradisi rakyat Malaysia melalui permainan tradisional di kota metropolitan," katanya dalam ucapan perasmian festival berkenaan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Norazman Othman.

Nancy berkata Malaysia kaya dengan warisan kebudayaan unik dan menarik termasuk permainan tradisi yang terhasil menerusi asimilasi pelbagai kaum dalam negara.

"Permainan tradisi ini terdiri daripada permainan anjung seperti batu seremban, congkak, tutup botol dan dam aji serta permainan laman yang terdiri daripada galah panjang, ketinting, gasing dan konda-kondi.

"Kebanyakan permainan ini dimainkan secara berkumpulan sekali gus mewujudkan interaksi sosial yang merapatkan hubungan antara ahli masyarakat, selain mampu membawa keseimbangan kepada kesihatan fizikal dan mental," katanya.

Bagaimanapun, Nancy berkata, ledakan kemajuan teknologi masa kini telah membawa manusia ke alam komunikasi maya tanpa perlu bersemuka.

"Pengaruh ini mengembangkan pelbagai permainan dalam talian atau e-permainan atau e-sukan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan orang muda dan fenomena ini perlu diuruskan dengan baik," katanya.

Seramai 1,368 peserta menyertai program tiga hari di bawah kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu yang bermula semalam. - Bernama

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

24 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga