web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khairul Anuar Tekad Bangkit Semula Di Hangzhou

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2023 4:10PM

Skuad memanah kebangsaan bersiap sedia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke China bagi membawa cabaran negara pada Sukan Asia Hangzhou 2022. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Atlet memanah recurve negara Khairul Anuar Mohamad tekad menjadikan pentas Sukan Asia Hangzhou 2022 sebagai medan kebangkitannya, selepas mengharungi pelbagai episod sukar apabila digugurkan daripada Program Podium tahun lepas.

Beliau mengakui menghadapi kesukaran dari segi persediaan kerana perlu menguruskan kewangan dan menjalani latihan sendiri menjelang temasya empat tahun sekali itu.

“Alhamdulillah NAAM (Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia) juga ada bantu dengan beri sedikit elaun selepas digugurkan daripada Program Podium selain diberi peluang menjalani kem latihan terakhir selama tiga minggu bersama skuad kebangsaan baru-baru ini,” katanya kepada Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Hangzhou, hari ini.

Selain bantuan elaun daripada NAAM, Khairul Anuar mendedahkan bahawa beliau juga berkhidmat sebagai jurulatih separuh masa di beberapa kelab memanah sekitar Kuala Lumpur dalam usaha menampung kos latihannya.

Justeru, Olimpian negara itu mengharapkan agar kerja kerasnya membuahkan hasil dengan membantu kem memanah negara menghadiahkan sekurang-kurangnya satu pingat pada penampilan ketiganya di Sukan Asia selepas edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan dan edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.

“Saya memang nak letakkan Malaysia di persada dunia. Tak kisah biarpun digugurkan (Program Podium) sekalipun, saya tetap bersemangat naikkan semula sukan memanah kita,” katanya.

Pemanah berusia 32 tahun itu akan beraksi dalam acara recurve individu lelaki sebelum layak bersaing dalam acara berpasukan lelaki serta berpasukan campuran.

“Saya serta tiga lagi pemanah negara akan beraksi di peringkat kelayakan untuk tentukan ranking. Pemanah terbaik dari setiap negara layak beraksi dalam acara berpasukan campuran, dua terbaik pula layak ke acara individu dan tiga terbaik boleh beraksi dalam acara berpasukan lelaki,” katanya.

Selain itu, atlet kelahiran Kemaman, Terengganu itu berkata kebangkitan di Hangzhou juga akan menjadi platform untuk beliau membina momentum bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik buat kali keempat berturut-turut selepas London 2012, Rio de Janeiro 2016 dan Tokyo 2020.

Khairul Anuar digugurkan daripada Program Podium selepas Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam susulan kemerosotan prestasi pada temasya dwitahunan itu apabila sekadar meraih perak acara bercampuran bersama Syaqiera Mashayikh selain merangkul dua gangsa dalam acara individu serta acara berpasukan lelaki bersama Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli dan Bryson Ting.

Acara memanah di Sukan Asia Hangzhou 2022 akan bermula pada 1 hingga 7 Okt ini di Pusat Sukan Fuyang Yinhu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: Sasaran Dicapai, Perjuangan Buru Pingat Diteruskan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Skuasy Berpeluang Bantu Kontinjen Negara Hampiri Sasaran Dengan Bergaya

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Muhammad Azeem, Sheeren Terima Insentif Dari Kerajaan Perak

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad