web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Juara Dunia Calar Hari Bersejarah Soniia Di Tokyo

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 3:38PM

Soniia memberikan saingan sengit kepada lawannya yang juga bekas juara dunia itu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Pemain perseorangan wanita utama negara Soniia Cheah Su Ya tersingkir daripada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas tewas dalam aksi pertamanya di pentas temasya berprestij itu di Musashino Forest Sport Plaza, hari ini.

Soniia, 28, akhirnya membuat penampilan sulung di pentas Olimpik selepas lawannya Laura Sarosi dari Hungary menarik diri akibat kecederaan pada aksi pembukaan Kumpulan N semalam, namun terpaksa akur dengan kehebatan pemain ranking keenam dunia Ratchanok Intanon dari Thailand.

Bagaimanapun, beliau yang berada di ranking ke-35 tetap memberikan saingan sengit kepada lawannya itu yang turun sebagai pilihan kelima temasya, pada aksi memasuki set penentuan dengan kemenangan berpihak kepada Ratchanok 19-21, 21-18, 21-10 dalam tempoh 61 minit.

Keputusan itu menyaksikan Ratchanok yang juga bekas juara dunia 2013 melebarkan rekod kemenangan berdepan Soniia kepada lima pertemuan sejak 2017.

Kekalahan itu turut menutup peluang Soniia untuk mara ke pusingan suku akhir sekali gus menjadi wakil ketiga daripada kem badminton negara di Tokyo yang tersingkir selepas beregu campuran dan beregu wanita turut terkandas seawal pusingan kumpulan.

Ia juga adalah kekalahan kelima daripada lima perlawanan Soniia di pentas antarabangsa musim ini.

Sementara itu, misi pemburuan pingat perseorangan utama lelaki negara Lee Zii Jia akan diteruskan dalam perlawanan wajib menang ke atas pemain Perancis Brice Leverdez pada aksi terakhir Kumpulan M pukul 8.40 malam ini (7.40 malam waktu Malaysia).

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, Soniia berkata semuanya berada dalam kawalan apabila beliau berjaya mengikut rentak permainannya untuk memenangi set pertama sebelum bermula dengan agak buruk pada set kedua disebabkan arah angin.

Beliau mengakui keadaan itu menjejaskan permainannya pada permulaan yang menyaksikan beliau memberi mata mudah kepada lawannya sebelum akhirnya terbiasa dengan gelanggang, namun ia sudah terlewat apabila Intanon berjaya menamatkan perlawanan dengan memenangi set kedua 21-18.

“Pada penghujung set kedua, Ratchanok (Intanon) mendapat kelebihan beberapa pukulan dan berjaya bangkit serta mendapat keyakinan semula dalam set ketiga, momentumnya juga sudah kembali,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad