web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Werner Tamatkan Kemarau Gol, Bantu Chelsea Naik Ke Tangga Keempat

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2021 9:39AM

Werner meraikan jaringannya dengan rakan sepasukan Cesar Azpilicueta pada 15 Februari. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Timo Werner menamatkan kemarau golnya dalam kemenangan 2-0 Chelsea menentang Newcastle awal pagi tadi.

Kemenangan itu melonjak kedudukan The Blues ke tempat keempat di tangga Liga Perdana Inggeris.

Olivier Giroud membuka jaringan hasil umpanan Werner, penyerang skuad kebangsaan Jerman itu melengkapkan jaringan pada lewat babak pertama.

Werner sebelum ini gagal menjaringkan gol dalam 14 perlawanan liga dengan kali terakhir meledakkan gol menentang Sheffield United pada November.

Gol sulung pemain berusia 24 tahun itu dalam 19 perlawanan sebelum ini dalam semua pertandingan dijaringkan semasa menentang pasukan liga bawahan Morecambe dalam Piala FA.

Werner disebut-sebut sebagai penyerang muda terbaik di Eropah selepas melengkapkan perpindahannya dari Leipzig yang bernilai RM278 juta.

Walaupun penyerang itu bergelut dengan prestasi yang hambar dalam musim pertama yang sukar di England, dia tetap menjaringkan 10 gol untuk Chelsea.

“Sebagai seorang penyerang saya sentiasa mahu menjaringkan gol. Bulan yang lepas ini amat sukar bagi saya. Saya tidak gembira dengan prestasi saya. Tetapi saya gembira dapat menjaringkan gol hari ini.

“Ia amat membantu apabila ada orang yang memarahi saya dalam bahasa Jerman! Dia seorang jurulatih yang baik dan mempunyai idea yang baik tentang corak permainan yang paling sesuai dengan pasukan ini,” kata Werner memuji peranan yang dimainkan pengurus Chelsea Thomas Tuchel dalam membantu memperbaiki persembahannya.

Tuchel menambah: “Timo dapat satu jaringan dan satu assist. Saya sangat gembira kerana dia bekerja keras dalam beberapa perlawanan sebelum ini.”

Dalam perlawanan lain, West Ham mengalahkan Sheffield United 3-0. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

2

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Liverpool Buka Saingan Musim Baharu Dengan Seri

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 33 minit yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad