web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Soniia Raih Kemenangan Mudah, Lawan Alami Kecederaan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 3:29PM

Soniia akan bertemu dengan Ratchanok Intanon dari Thailand esok. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Penampilan sulung pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah di Olimpik Tokyo 2020 ditangguhkan sehari, selepas lawannya pada aksi pembukaan, Laura Sarosi dari Hungary menarik diri akibat kecederaan.

Saingan Kumpulan N antara pemain nombor 35 dunia itu dengan Laura yang merupakan pemain ranking ke-74 dunia dijadualkan berlangsung pada 2 petang waktu tempatan (1 tengah hari waktu Malaysia) di Plaza Sukan Musashino Forest di sini hari ini.

Penarikan diri itu disahkan oleh Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Nazifuddin Najib dan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann, ketika dihubungi.

Walaupun menerima kemenangan mudah, Soniia perlu mencatatkan kemenangan ke atas pemain nombor enam dunia Ratchanok Intanon dari Thailand esok, untuk mara ke peringkat kalah mati.

Sementara itu, pemain Hungary itu berkata beliau tidak dapat bertanding berdasarkan laporan perubatan, selepas mengalami kecederaan tendon Achilles ketika menentang Ratchanok pada Ahad yang menyaksikan beliau tewas 21-5, 21-10.

“Saya mengalami kecederaan tendon Achilles, pada masa itu tidak terkesan tetapi selepas itu saya berasa sangat sakit dan mengalami pendarahan di sekitar tumit dan Achilles.

“Petugas perubatan Jawatankuasa Olimpik Hungary telah melakukan segalanya supaya saya dapat bermain hari ini, tetapi keadaan semasa tidak mengizinkan, dan agak berisiko berikutan kecederaan.

“Namun, rehat dan pemulihan selama beberapa minggu menanti saya. Saya sangat kecewa. Terima kasih atas semua sokongan anda, ia begitu bermakna,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Dalam pada itu, Soniia turut bersimpati dengan mengatakan: “Saya merasakan apa yang anda rasa kerana pernah mengalami kecederaan sama, saya doakan anda cepat sembuh Laura Sarosi.”

Atlet berusia 28 itu mengalami kecederaan tendon Achilles pada 2013 dan perlu menjalani beberapa pembedahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad