web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mei Kuan-Meng Yean Bawa Pulang 1 Kemenangan Di Tokyo

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 11:51AM

Aksi Mei Kuan dan Meng Yean (kanan) pada perlawanan peringkat kumpulan A pada Kejohanan Olimpik Tokyo 2020 di Mushashino Sports Plaza pada Ahad. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Beregu wanita negara Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean meraih kemenangan tunggal pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas mengatasi pasangan Great Britain dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Plaza Sukan Musashino Forest, Tokyo, pagi ini.

Mei Kuan-Meng Yean yang menghuni ranking ke-11 dunia dan merupakan wakil tunggal negara dalam acara itu, tidak berdepan masalah menundukkan gandingan Chloe Birch-Lauren Smith 21-19, 21-16 dalam tempoh masa 44 minit.

Bagaimanapun, kejayaan menundukkan pasangan di ranking ke-14 dunia itu hanya melebarkan rekod kemenangan mereka musim ini kepada 10 perlawanan sementara peluang melangkah ke pusingan suku akhir di Tokyo tetap terkubur selepas tewas dalam dua aksi pertama Kumpulan A.

Mereka tewas kepada gandingan di ranking keenam dunia Greysia Polii-Apriyani Rahayu dari Indonesia 21-14, 21-17 dalam aksi pembukaan sebelum akur kepada kehebatan pasangan nombor satu dunia dari Jepun Yuki Fukushima-Sayaka Hirota 21-17, 15-21, 8-21.

Mei Kuan-Meng Yean menjadi wakil kedua daripada kem badminton negara di Tokyo selepas beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, yang terpaksa mengucapkan ‘selamat tinggal’ lebih awal kepada temasya berkenaan selepas gagal menduduki kedudukan dua teratas kumpulan.

Peng Soon-Liu Ying yang juga pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 tewas dalam ketiga-tiga aksi peringkat kumpulan sekali gus mengulangi pencapaian sama sewaktu membuat penampilan pertama di pentas Olimpik di London pada 2012.

Sementara itu, perseorangan utama wanita negara Soniia Cheah Su Ya akan membuat penampilan sulungnya di temasya Sukan Olimpik apabila dijadual turun beraksi menentang pemain Hungary Laura Sarosi dalam aksi Kumpulan N pukul 2 petang (1 tengah hari waktu Malaysia).

Wakil tunggal beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Woi Yik berdepan aksi wajib menang ke atas gandingan Kanada Jason Ho-Shue-Nyl Yakura dalam aksi terakhir Kumpulan D untuk mara ke pusingan suku akhir pada 8 malam (7 malam waktu Malaysia). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 4 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar