web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semua Pemain Badminton Ada Peluang Menang Emas - Zii Jia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 3:39PM

Lee Zii Jia - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, tidak akan memandang rendah terhadap mana-mana lawan yang akan beliau hadapi di Olimpik Tokyo.

Zii Jia pemain pilihan kesembilan Olimpik berpandangan bahawa, setiap pemain mempunyai peluang dan keupayaan untuk memenangi pingat emas dalam acara badminton, bagi acara yang bermula di Musashino Forest Sport Plaza hari ini.

“Setiap pemain mempunyai peluang yang sama untuk menang di Olimpik Tokyo,” katanya dalam satu video dimuat naik di Facebook Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini.

Sementara itu juara All England 2021 itu berkata, beliau hanya mahu menikmati penyertaan kali pertamanya di Olimpik, di sini, walaupun akan bermain tanpa kehadiran penonton.

Menggambarkan suasana tanpa penonton sebagai sukar, pemain berusia 23 tahun itu berkata, setiap pemain perlu melalui laluan yang sama dan perlu mengadaptasi kepada norma baharu ini.

Tumpuan tentunya akan diberikan terhadap Zii Jia, apabila pemain berasal dari Kedah itu disebut-sebut sebagai calon untuk memenangi pingat di Tokyo selepas kejayaannya di All England 2021 mengalahkan pemain nombor dua dunia Viktor Axelsen dari Denmark 30-29, 20-22, 21-9 pada perlawanan akhir di Birmingham, Mac lepas.

Pemain nombor lapan dunia itu perseorang lelaki itu, akan memulakan cabarannya di Olimpik Tokyo esok (Ahad) dengan bertemu Artem Pochtarov dari Ukraine pada perlawanan Kumpulan M. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad