web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Man United Seri Di tempat Lawan, Hatrik 'Bermakna' Aubameyang Benam Leeds

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2021 12:40PM

Aubameyang menjaringkan gol kedua Arsenal dari sepakan penalti di Stadium Emirates, London pada 14 Februari. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Usaha Manchester United untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris menerima tamparan hebat setelah seri 1-1 dengan West Brom di tempat lawan semalam.

United gagal memungut mata maksimum dalam lima daripada tujuh perlawanan sebelum ini, sekali gus memberikan peluang kepada Manchester City untuk menerajui liga dengan perbezaan tujuh mata, berbaki satu perlawanan dalam tangan.

West Brom menjaringkan gol pertama seawal minit pertama selepas penyerang Mbaye Diagne menanduk masuk umpanan Conor Gallagher.

United mendominasi kawalan bola selepas itu tapi gagal memanfaatkannya sehinggalah Bruno Fernandes meledakkan gol penyamaan di akhir babak pertama.

Anak buah Ole Gunnar Solskjaer berada di posisi kedua berkongsi 46 mata dengan pasukan Leicester di tempat ketiga, dibezakan dengan jaringan gol.

“Kami menyusahkan diri sendiri,

“Kami ada 90 minit untuk membetulkan keadaan, jadi tidak perlu panik tapi saya merasakan pemain-pemain tidak membina momentum sehingga lewat di separuh masa pertama.

“Pada separuh masa kedua pula kami mendominasi permainan, tapi ada beberapa kali kami hampir kalah,” kata Solskjaer.

Permainan pada separuh masa kedua pula menyaksikan United meneruskan penguasaan terhadap West Brom namun gagal menjaringkan gol kemenangan.

Di Stadium Emirates, Pierre-Emerick Aubameyang telah meledak hatrik untuk membantu Arsenal menghentikan urutan kalah dua perlawanan berturut-turut selepas membenam Leeds 4-2 awal pagi tadi.

Aubameyang, dilanda persembahan hambar, terpaksa mengambil cuti baru-baru ini akibat masalah kesihatan yang dialami ibunya.

Namun kapten Arsenal itu membuka jaringan pada minit ke-13 dan menambah gol keduanya pada minit ke 41 selepas The Gunners dikurniakan sepakan penalti.

Hector Bellerin menjaringkan gol ketiga Arsenal sebelum Aubameyang melengkapkan hatriknya di minit ke 47.

Pascal Struijk dan Helder Costa menjaringkan gol-gol Leeds.

“Hatrik ini memberi makna besar kepada saya. Saya dilanda keadaan yang sukar.

“Ramai memberikan sokongan kepada saya, termasuk ibu dan keluarga. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja di kelab ini dan para peminat,” kata pemain dari Gabon itu.

Dalam pada itu, Everton dikejutkan oleh Fulham 2-0 di tempat sendiri, manakala Wolves menang 2-1 ke atas Southampton di tempat lawan. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Ronaldo Akan Tinggalkan Manchester United Serta-Merta

3

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 45 minit yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad