web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


CEO Petra Cucina Yakin Itali Juara EURO 2020

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 11:40AM

Guiati yakin pertahanan Itali akan membantu pasukan itu menjadi juara.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setelah mengharungi enam perlawanan, England dan Itali akan berentap di pentas final awal pagi esok untuk menentukan pasukan bola sepak terunggul di benua Eropah buat empat tahun akan datang.

Kedua-dua pasukan ini adalah antara pilihan utama untuk menjuarai EURO 2020 dan mereka telah memberikan persembahan yang sesuai dengan status masing-masing.

Getaran mengambil peluang menemu bual Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petra Cucina Roberto Guiati, seorang warga Itali, dan peminat tegar The Azzurri untuk membuat ramalan tentang pemenang final EURO 2020.

Jejaka yang berusia 41 tahun itu sememangnya dari awal lagi yakin yang Itali akan melayakkan diri ke final EURO 2020.

“Saya gembira dan teruja dengan final EURO 2020. Saya yakin dari awal lagi yang Itali boleh layak ke final, ataupun sekurang-kurangnya menjadi satu daripada empat pasukan terbaik di kejohanan ini.

“Itali sangat cemerlang dalam kempen kelayakan dan mempunyai rekod tanpa kalah sebanyak 27 perlawanan menjelang EURO 2020. Pasukan ini telah menunjukkan yang mereka satu unit yang kuat dan bersatu, sudah lama berkenalan antara satu sama lain dan persembahan setiap pemain juga bertambah baik dari satu perlawanan ke perlawanan yang lain,” kata Guiati.

Itali melayakkan diri ke pusingan kalah mati dengan bergaya, menang kesemua tiga perlawanan tanpa dibolosi.

Pasukan itu juga seperti semakin berbisa dengan setiap perlawanan yang dihadapi, cuma tercabar oleh Sepanyol di peringkat separuh akhir hingga memerlukan penentuan sepakan penalti untuk mengesahkan slot ke final.

Guiati yakin Itali mampu menjadi juara apabila menentang England pada pukul 3 pagi Isnin nanti.

“Itali mempunyai peluang yang sangat baik untuk menang final EURO 2020.

“Saya kurang yakin sedikit bila berdepan dengan Sepanyol di pusingan separuh akhir, kerana mereka mempunyai corak permainan yang sama seperti Itali. Tetapi cerita pertembungan dengan England akan berbeza. Ini kerana corak permainan kedua pasukan ini sangat berlainan.

“Kedua-dua pasukan mempersembahkan permainan yang menghiburkan dan berkesan tetapi bagi saya ‘senjata’ terkuat Itali adalah bahagian pertahanan.

“Kami mempunyai dua pemain pertahanan tengah terbaik dalam kejohanan tahun ini dan saya percaya mereka mampu menambat Harry Kane dan Raheem Sterling,” katanya seraya memberikan sebab, mengapa Itali berada dalam posisi yang baik untuk menjadi juara.

Ditanya apa yang akan dilakukannya jika Itali menang beliau berkata:

“Selalunya kami akan terjun masuk ke dalam kolam air pancut di mana-mana, tetapi kita tidak dapat melakukannya di sini tetapi saya pasti akan meraikannya di rumah.

Melangsungkan perkahwinan dengan pelakon, penerbit dan usahawan Kavita Sidhu pada 2016, beliau berkata isterinya itu juga menyokong pasukan Itali.

“Kami mempunyai persefahaman yang baik di rumah, semestinya Kavita menyokong Itali kerana dia tiada pilihan! Dia akan berada di samping saya menyokong Itali pada awal pagi Isnin nanti. 

“Ya dia selalu tertidur bila menonton perlawanan bersama saya, tetapi saya pun sama juga. Jadi kami akan merakam perlawanan dan menontonya bila bangun pagi. Tetapi kali ini tidak mungkin kami akan tertidur," katanya, ketawa.

Guiati meramalkan yang Itali akan menang 2-0, dengan setiap jaringan masuk di babak pertama dan kedua.

“Kami ada ‘alat’ untuk mengawal perlawanan dan jika dapat menguasai bahagian tengah padang, tambahan jika Giorgio Chiellini bersama dengan Leonardo Bonucci bermain dengan baik di tengah benteng pertahanan kami, saya yakin tiada apa yang perlu dirisaukan.

“Saya yakin akan perkara ini, saya ingin bersikap positif tentangnya!” - Getaran, 11 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad