web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


30 Atlet Negara Ke Sukan Olimpik Tokyo - MOM

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 7:08PM

Olimpik Tokyo adalah penampilan ketiga di temasya sukan yang berlangsung empat tahun sekali itu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan empat lagi atlet negara diketuai jaguh lompat tinggi Lee Hup Wei layak ke Sukan Olimpik Tokyo bermula 23 Julai ini.

Selain Hup Wei, turut ke Tokyo perenang negara Welson Sim yang akan beraksi dalam acara 200m dan 400m gaya bebas lelaki manakala Phee Jinq En dalam acara 100m kuak dada wanita dan pelari pecut Azreen Nabila Alias (100m wanita) yang telah menempah tiket masing-masing ke temasya itu.

Ini adalah penampilan ketiga Hup Wei di pentas Olimpik, diikuti yang kedua buat Welson dan Jinq En manakala Azreen pula bakal membuat penampilan sulung di gelanggang berprestij itu.

Dengan kejayaan empat atlet negara dan semua kejohanan kelayakan sudah lengkap dan slot sudah diisi, MOM mengesahkan kontinjen Malaysia diwakili 30 atlet bakal beraksi dalam 10 sukan di temasya yang membuka tirai pada 23 Julai hingga 8 Ogos.

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan hari ini mengucapkan tahniah kepada semua atlet yang cekal menempuhi situasi sukar dalam tempoh dua tahun terakhir demi melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

“Kita mempunyai masa lebih kurang tiga minggu lagi menuju ke temasya itu dan kumpulan pertama  adalah atlet pelayaran yang akan berlepas pada 8 Julai.

“Kami bersama Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Persatuan Sukan Kebangsaan akan memberi fokus kepada persiapan terakhir semua atlet bagi memastikan prestasi kemuncak di Tokyo nanti,” katanya.

Badminton kekal sebagai pasukan terbesar dalam kontinjen negara dengan lapan orang pemain, diikuti terjun (lima), pelayaran (empat) manakala masing-masing dua wakil dalam sukan memanah, olahraga, berbasikal, golf, gimnastik dan renang manakala seorang dalam sukan menembak.

Pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kontinjen negara diwakili 32 atlet daripada 10 sukan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Pesuruhjaya Sukan Ancam Batal Pendaftaran, MOM Kemuka Bantahan Rasmi Kepada Hannah

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Norza Muncul Rakyat Malaysia Pertama Pegang Jawatan Presiden Kehormat Badminton Asia

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Zii Jia Kembali Ke BAM?

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 51 minit yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad