web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zii Jia Kembali Ke BAM?

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 9:47PM

Persoalan sama ada perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih menjadi tanda tanya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persoalan sama ada perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih menjadi tanda tanya.

Desas-desus yang timbul mengatakan Zii Jia akan kembali ke BAM semakin jelas selepas Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memuat naik gambar beliau bertemu pemain berusia 25 tahun itu beberapa kali di laman rasmi Instagramnya, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mohamad Norza, ketika dihubungi Bernama hari ini, memaklumkan, dua pertemuannya bersama pemain nombor empat dunia di sebuah restoran adalah secara kebetulan dan tidak dirancang. 

Beliau pada masa sama enggan memberi sebarang komen mengenai adakah juara Seluruh England 2021 itu akan kembali bernaung di bawah badan induk sukan badminton kebangsaan itu. 

Mohamad Norza, ketika dihubungi Bernama hari ini, memaklumkan, dua pertemuannya bersama pemain nombor empat dunia di sebuah restoran adalah secara kebetulan dan tidak dirancang - Tangkapan layar Instagram Norzazakaria
Mohamad Norza, ketika dihubungi Bernama hari ini, memaklumkan, dua pertemuannya bersama pemain nombor empat dunia di sebuah restoran adalah secara kebetulan dan tidak dirancang - Tangkapan layar Instagram Norzazakaria

“Buat masa ini tiada komen, setakat dua pertemuan adalah terserempak, bukan dirancang, saya pun nak tunggu hasil  Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, yang ingin bertemu Zii Jia,” katanya.

Baru-baru ini sebuah media tempatan melaporkan Zii Jia berkemungkinan kembali ke BAM apabila pasukan Road To Gold (RTG) difahamkan bakal menggerakkan semula pemain terbabit untuk kembali bernaung di bawah badan induk berkenaan. 

Dalam pada itu, Mohamad Norza, yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), mengesahkan pertemuan rasmi bersama pemain berasal dari Alor Setar, Kedah itu akan diadakan melalui program RTG yang akan dipengerusikan oleh Yeoh dan beliau sendiri. 

“Kita akan lihat keperluan dia (Zii Jia),” katanya ringkas. 

Sebelum ini media melaporkan Yeoh memberitahu akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Zii Jia sebaik pemain itu pulang ke tanah air selepas tamat siri kejohanan di Eropah untuk membantu atlet berkenaan susulan prestasi tidak menentu pemain profesional itu sejak kebelakangan ini.

Mengulas mengenai prestasi Zii Jia yang baru pulang daripada Kejohanan All England dan Terbuka Switzerland, Mohamad Norza menyifatkan pemain itu sudah menemui rentak kemenangannya dan perlu diberikan masa untuk beraksi lebih baik. 

Pada kejohanan All England menyaksikan, Zii Jia tersingkir di peringkat separuh akhir selepas ditewaskan pemain China, Shi Yu Qi 19-21,13-21, manakala beliau turut terkandas di pusingan sama di tangan pemain Jepun, Koki Watanabe, 11-21, 14-21 di Terbuka Switzerland.  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan