web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Norza Muncul Rakyat Malaysia Pertama Pegang Jawatan Presiden Kehormat Badminton Asia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 7:00AM

Mohamad Norza Zakaria - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Badminton Asia (BA) mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebagai Presiden kehormatnya pada Mesyuarat Agung Tahunan, semalam.

Pengumuman itu dibuat Presiden BA yang baru, Kim Jong Soo dari Korea Selatan, selepas pelantikan Mohamad Norza disokong sebulat suara perwakilan BA.

Justeru, pelantikan terbabit menyaksikan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu kini, menjadi rakyat Malaysia pertama memegang jawatan Presiden kehormat dalam badan induk badminton di Asia.

Pelantikan itu dibuat bagi penggal eksekutif semasa dari 2023 hingga 2027.

“Saya terharu dengan pelantikan ini kerana ia diluluskan sebulat suara oleh 41 negara lain pada mesyuarat itu.

“Ia menunjukkan negara-negara ini memandang tinggi terhadap badminton Malaysia dari segi pentadbirannya, menubuhkan pusat berprestasi tinggi dan juga dari segi meningkatkan kedudukannya di persada dunia,” kata Mohamad Norza kepada The Vibes.

Pada masa sama, Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh dipilih sebagai Setiausaha Agung BA selepas muncul sebagai pemenang semasa mesyuarat pemilihan.

“Saya fikir adalah satu penghormatan bagi Malaysia bukan sahaja mempunyai Presiden kehormat, malah ada Setiausaha Agung dalam BA,” katanya.

Tambah Mohamad Norza, menerusi pelantikan itu, badminton Malaysia boleh diperkasakan lagi dengan mengadakan program pertukaran bersama negara lain.

“Di samping menyumbang kepada negara kecil yang ingin menambah baik program pembangunan mereka menerusi usaha membawa mereka ke pusat prestasi tinggi kita,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden BAM, Datuk V Subramaniam memuji dan mengucapkan tahniah kepada Mohamad Norza, sambil menambah bahawa pengetahuan luas serta nasihatnya akan memberi manfaat kepada BA dengan berkesan, termasuk dalam bidang pemasaran, penajaan, penganjuran acara dan pembangunan.

Menurut perlembagaan BA, kerusi Presiden kehormat memerlukan seseorang yang berkhidmat dengan konfederasi secara terbilang, mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas serta mencapai status tertentu untuk memberikan sokongan dan impak kepada BA.

Mohamad Norza menerajui BAM sejak April 2017 dan kini turut memegang jawatan sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM). – The Vibes, 29 April 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keresahan Chong Wei Ada Asas, Namun Tidak Cerminkan Prestasi Keseluruhan - Norza

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Arena Badminton Negara Berduka Pemergian Dr Abdullah Fadzil

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Misbun 'Laris' Terima 5 Tawaran Dari Luar Negara

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Isu Pakaian: BAM Perlu Peka Kontrak Antara Pemain Profesional, Penaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 18 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar