web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengulas Perlawanan Liga M Runsing Belum Menerima Bayaran

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 1:11PM

oleh

T. Vignesh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan rakan penyiarannya SpaceLabs Technology belum melunaskan bayaran kepada beberapa pengulas perlawanan Liga M, kata seorang sumber.

Sumber itu memberi tahu The Vibes, beberapa pengulas perlawanan masih menunggu bayaran sejak Mei. Mengikut kontrak, tanggungjawab membayar gaji jatuh kepada SpaceLabs.

Ini situasi yang tidak adil lebih-lebih lagi mereka terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan oleh kerajaan.

Difahamkan mereka menerima bayaran sebanyak RM700 setiap perlawanan.  

Sementara itu, sumber itu mendedahkan sebab berlakunya kelewatan dalam pembayaran adalah kerana SpaceLabs mengalami masalah kewangan, di mana mereka juga belum menerima bayaran daripada MFL.

“Mereka baru menerima RM2 juta ataupun hanya 20 peratus daripada jumlah RM10 juta yang telah dipersetujui.

“Saya tidak pasti jika SpaceLabs sudah meminta baki pembayaran tersebut kerana mereka ingin mengekalkan hubungan kerja yang baik dengan penganjur liga bola sepak Malaysia itu dan juga ahli lembaganya,” kata sumber itu.

The Vibes menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceLabs Kelvin Cheong, yang berkata bayaran tersebut sedang diproses dan kelewatan adalah disebabkan oleh dokumen-dokumen yang lambat dihantar.

“Isu ini sedang diselesaikan dan para pengulas perlawanan akan menerima bayaran secepat yang mungkin.

“Kita semua berada dalam keadaan terdesak dan saya sedang mencuba sedaya upaya untuk membuat pembayaran kepada mereka dengan pantas,” katanya.

CEO MFL Datuk Ab Ghani Hassan mengakui memang ada kelewatan dalam membuat pembayaran kepada SpaceLabs tetapi berkata yang pihaknya belum gagal membuat pembayaran.

“Memang ada kelewatan sedikit, tetapi kami membayar SpaceLabs secara berperingkat-peringkat.

“Kami baru sahaja membuat satu pembayaran baru-baru ini.

“Kami sedang memastikan yang semua bayaran dilakukan,” kata Ghani.

Bila ditanyakan jika MFL telah berjaya mendapat penaja untuk Liga M, Ghani berkata yang tiada perkembangan baharu buat masa ini disebabkan oleh pandemik tetapi menambah pihaknya sedang berbincang dengan beberapa pihak penaja.

“Kami sedang berbincang dengan Hari-Hari, tetapi dalam keadaan seperti sekarang mendapatkan penaja adalah satu perkara yang mencabar.

“Tetapi pasukan komersial saya berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan penajaan untuk Liga M,” katanya

Beliau juga menambah yang rundingan dengan Kumpulan Berjaya masih lagi berjalan.

Pada April, Pegawai Khas Kumpulan Berjaya Amin Fuad memuat naik ciapan yang beliau menerima dua dek penajaan daripada MFL dan FAM dan telah ditugaskan untuk menilai kedua-dua cadangan itu.

Walaubagaimanapun, ciapan itu telah dipadam daripada akaun Twitternya. - Getaran, 2 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad