LONDON - England layak ke suku akhir EURO 2020 selepas mengalahkan Jerman 2-0 dan menamatkan kekecewaan berdekad di tangan seteru utama mereka itu.
Raheem Sterling memecahkan kebuntuan di Stadium Wembley dengan tinggal 15 minit perlawanan sebelum Harry Kane membuka akaun jaringannya di kejohanan tahun ini untuk memastikan kemenangan buat The Three Lions.
England mengalahkan Jerman untuk memenangi kejuaraan Piala Dunia 1966 di laman sendiri, tetapi sejarah di kejohanan besar mereka penuh dengan penyingkiran di tangan Die Mannschaft.
England disingkirkan daripada Piala Dunia 1970, 1990, dan 2010 oleh Jerman, yang juga mengalahkan mereka di separuh akhir EURO 96 di Stadium Wembley.
Pasukan Jerman mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tetapi Timo Werner dan Thomas Mueller mensia-siakan peluang terbaik pasukan itu.
England juga bergelut untuk mencipta peluang sebelum hantaran Luke Shaw untuk Sterling membuka jaringan buat England, ini juga jaringan ketiga buat pemain Manchester City itu di kejohanan tahun ini.
Kane melengkapkan jaringan di minit ke-86 dengan meletakan penyudah kepada gerakan serang balas England.

England akan bertemu dengan Ukraine di pusingan suku akhir di Rome pada Ahad selepas memerlukan masa tambahan sebelum mengalahkan Sweden 2-1.
Oleksandr Zinchenko memberi kelebihan kepada Ukraine di Hampden Park tetapi Emil Forsberg menyamakan kedudukan untuk Sweden.
Artem Dovbyk menjaringkan gol kemenangan Ukraine di minit ke-121. - AFP

