web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


England Sahkan Kedudukan Pertama Dalam Kumpulan D

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 7:13AM

Jaringan Sterling memastikan England menamatkan saingan kumpulan di tempat pertama. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - England mengesahkan tempat pertama dalam Kumpulan D di EURO 2020 dengan kemenangan 1-0 ke atas Republik Czech, manakala rembatan deras Luka Modric membantu Croatia menang 3-1 ke atas Scotland sekali gus layak ke pusingan kalah mati.  

Jaringan babak pertama Raheem Sterling memastikan tiga mata buat England.

England akan bertemu pasukan kedua dalam Kumpulan F pada 29 Jun dengan Perancis, Jerman, Portugal atau Hungary sebagai bakal lawan mereka.  

Di Wembley, pasukan Czech sedar mereka telah layak ke pusingan kalah mati sebelum sepak mula, tetapi kekalahan mereka menyebabkan mereka turun ke tangga ketiga.

Lawan mereka seterusnya akan ditentukan bila aksi dua kumpulan terakhir dilengkapkan pada Khamis.

Croatia memintas Republik Czech ke posisi kedua dengan persembahan meyakinkan di babak kedua di Glasgow yang menyaksikan Modric menjaringkan satu gol yang menakjubkan.

Naib juara Piala Dunia 2018 itu akan menentang pasukan di tangga kedua dalam Kumpulan E, yang terdiri daripada Sepanyol, Slovakia, Sweden dan Poland, di Copenhagen pada Selasa

Penglibatan Scotland dalam kejohanan besar pertama mereka sejak Piala Dunia 1998 berakhir dengan kekecewaan selepas gagal mencapai sasaran untuk layak ke pusingan kalah mati.

Di Hampden Park, Callum McGregor menyamakan kedudukan selepas Nikola Vlasic membuka jaringan untuk memberi harapan kepada Scotland menjelang masa rehat.

Rembatan hebat Modric menggunakan bahagian luar kakinya mengembalikan kelebihan kepada Croatia.

Tandukan Ivan Perisic 13 minit sebelum perlawanan tamat memastikan pasukannya pulang dengan tiga mata. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad