web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Denmark Belasah Rusia, Layak Ke Pusingan Seterusnya

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 7:47AM

Pemain-pemain Denmark meraikan kejayaan layak ke pusingan kalah mati bersama penyokong di stadium selepas tamat perlawanan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Denmark berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati EURO 2020 selepas menang 4-1 ke atas Rusia di Stadium Parken. Kemenangan ini juga membantu lima lagi pasukan lain layak ke pusingan seterusnya.

Denmark tahu yang mereka perlu mengalahkan Rusia dengan dua gol dan mengharapkan Belgium menang ke atas Finland di Saint Petersburg untuk merampas kedudukan kedua dalam Kumpulan B walaupun kalah dalam dua perlawanan pertama.

Kekalahan pertama kepada Finland, dibayangi oleh insiden Christian Eriksen yang rebah di tengah padang kerana diserang sakit jantung.

Gol daripada Mikkel Damsgaard, Yussuf Poulsen, Andreas Christensen dan Joakim Maehle membantu tuan rumah layak dengan bergaya, dibantu oleh Belgium yang menjaringkan dua gol lewat untuk mengalahkan Finland 2-0.

Anak buah Kasper Hjulmand akan bertemu Wales pada peringkat kalah mati di Amsterdam pada Ahad.

Keputusan Kumpulan B membolehkan Switzerland, yang menamatkan saingan Kumpulan A di tempat ketiga, Republik Czech, England, Sweden dan Perancis, layak ke pusingan kalah mati.

Sementara Austria menang tipis ke atas Ukraine dan memintas lawan mereka untuk layak ke pusingan kalah mati.

Gol minit ke-21 Christoph Baumgartner cukup untuk Austria mengesahkan kedudukan kedua dalam Kumpulan C di belakang Belanda yang mengalahkan Macdonia Utara 3-0 di Amsterdam.

Memphis Depay membuka jaringan buat pasukan kendalian Frank de Boer sebelum kapten pasukan Belanda Georginio Wijnaldum menjaringkan dua gol. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 50 minit yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad