web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


GP Jerman: Keadaan Litar Jejas Prestasi Hafizh Syahrin

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 2:59PM

Hafizh berazam akan bangkit daripada kekecewaan ini. - Gambar dari Instagram NTS RW Racing

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah mengakui keadaan Litar Sachsenring, Jerman yang memiliki banyak sudut condong telah menjejaskan prestasinya dalam perlumbaan Grand Prix (GP) semalam.

Pelumba NTS RW Racing GP itu hanya menamatkan perlumbaan di tangga ke-17.

“Litar Sachsenring merupakan trek yang pendek namun terdapat banyak sudut condong yang perlu saya tempuhi sehingga membataskan kemampuan mengawal jentera.

“Walaupun Litar Mugello lebih panjang iaitu 5.2 kilometer (km), namun bentuk litarnya lebih kurang sama dengan Litar Sachsenring, cuma bezanya di sini terdapat banyak sudut condong,” katanya dalam satu klip video yang dikongsikan kepada media hari ini.

Dalam klip video berkenaan Hafizh Syahrin yang nyata kecewa dengan persembahannya, turut menyatakan kekesalan kerana tidak dapat memanfaatkan potensi sebenar di litar sepanjang 3.7 km itu.

Pelumba kelahiran Selangor berusia 27 tahun itu bagaimanapun memohon maaf kepada seluruh pasukannya selepas tidak berupaya menyumbang sebarang mata pada aksi di Jerman.

“Saya berazam akan bangkit daripada kekecewaan ini dengan menampilkan aksi terbaik dalam saingan seterusnya di GP Belanda pada 25 hingga 27 Jun ini,” katanya.

Pada perlumbaan itu, pelumba Australia, Remy Gardner daripada pasukan Red Bull KTM Ajo mengungguli saingan diikuti Aron Canet dari Sepanyol (Aspar Team Moto2) yang meraih tempat kedua manakala pelumba Itali, Marco Bezzecchi (SKY Racing Team VR46) memperoleh tempat ketiga.

Selepas lapan perlumbaan, Hafizh Syahrin kini menduduki tangga ke-24 dengan lapan mata dalam ranking keseluruhan musim 2021. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bugatti Dirampas Di Munich, Jerman Dipercayai Milik Jho Low

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Terbuka Jerman: Eain Yow Raih Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Hamburg

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pendirian Anwar Mengenai Gaza Tarik Sokongan Individu Berpengaruh

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kakitangan 5 Lapangan Terbang Di Jerman Mogok, Ribuan Penumpang Bakal Terjejas

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad