web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kisona Atasi Jin Wei Untuk Muncul Juara Kejohanan Antarabangsa Sepanyol

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 8:05AM

Kisona menang dalam straight sets. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan wanita negara S Kisona muncul juara Kejohanan Badminton Antarabangsa Sepanyol 2021 selepas menewaskan rakan senegara Goh Jin Wei di La Nucia, awal pagi tadi.

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 yang kembali selepas berehat sebentar untuk memperbaiki prestasinya, menewaskan bekas juara remaja dunia dua kali itu 21-14, 21-19 dalam aksi yang berlangsung 31 minit.

Ia adalah kemenangan kedua Kisona ke atas Jin Wei selepas mengatasi pemain kelahiran Pulau Pinang itu pada kejohanan Masters Thailand.

Terdahulu, pada peringkat separuh akhir, Kisona menyingkirkan pemain Perancis Yaelle Hoyaux 21-18, 21-10 manakala Jin Wei mengetepikan seorang lagi pemain negara Eoon Qi Xuan 21-17, 21-11, menurut laman rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sementara itu, gandingan Tee Kai Wun-Teoh Mei Xing mengungguli acara beregu campuran selepas menewaskan pilihan ketiga Callum Hemming-Jessica Pugh dari England.

Pasangan negara terpaksa bermandi peluh dalam tempoh 50 minit pertarungan sebelum berjaya meraih gelaran antarabangsa sulung mereka dengan kemenangan 21-15, 13-21, 21-19.

Kejayaan berganda buat Kai Wun apabila turut meraih gelaran juara acara beregu lelaki bersama gandingannya Man Wei Chong.

Bagaimanapun, gandingan negara itu terpaksa mengharungi pertarungan sengit sebelum berjaya mengalahkan pasangan Perancis Lucas Corvee-Ronan Labar 21-15-21-18.

Terdahulu, pada pusingan separuh akhir, gandingan muda negara itu menyingkirkan Matthew Clare-Ethan Van Leeuwen dari England 21-11, 21-11 untuk mara ke final. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Malaysia Ucap Selamat Tinggal Pada Piala Uber 2022

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Pertemuan BAM-Zii Jia Capai Hasil Positif - Timbalan Presiden BAM

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Ahmad Faizal Beri Bayangan Kemelut Zii Jia-BAM Diselesaikan Dalam Tempoh Terdekat

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad