web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pertemuan BAM-Zii Jia Capai Hasil Positif - Timbalan Presiden BAM

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 4:34PM

Lee Zii Jia - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki utama negara hampir menemui titik penyelesaian, selepas kedua-dua pihak mencapai keputusan positif dalam sesi pertemuan hari ini.

Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunos memaklumkan kedua-dua pihak dilihat berpuas hati dengan hasil pertemuan, yang membincangkan mengenai rayuan dihantar pemain nombor tujuh dunia itu semalam.

“Pertemuan itu adalah amat positif dan saya fikir kita temui jalan untuk kedua-dua Zii Jia dan BAM.

“Apa yang perlu kami lakukan sekarang ialah, membawa perkara ini kepada ahli majlis BAM untuk diputuskan secara rasmi, dan kami akan buat pengumuman minggu hadapan, tetapi apa yang pasti, ia adalah satu keputusan yang baik untuk BAM dan Zii Jia,” katanya pada sidang media di Akademi Badminton Malaysia, di sini.

Jahaberdeen berkata pihaknya ‘tidak bermusuh’ dengan sesiapa termasuk Zii Jia dalam isu berkenaan, selain percaya juara All England 2021 itu pastinya gembira dengan keputusan berkenaan dan apa yang lebih penting adalah kesimpulan dicapai itu demi kebaikan sukan badminton negara.

Ditanya sama ada BAM menerima tekanan daripada pihak luar bagi menyelesaikan isu tersebut, Jahaberdeen berkata ia sama sekali tidak berlaku, kerana badan induk itu sentiasa konsisten dengan pendirian untuk mengenakan hukuman kepada mana-mana pemain yang melanggar syarat perjanjian dalam kontrak ditandatangani sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pihaknya sentiasa terbuka untuk mempertimbangkan rayuan dibuat pemain, sekiranya mereka didapati melanggar terma kontrak.

“Kami lihat Zii Jia memang minat sungguh-sungguh dan kami buat keputusan kenapa tidak kami bantu dia jika ia tidak merosakkan BAM dan pemain lain…kita nak majukan semua pemain termasuk Zii Jia tanpa ganggu gugat peluang pemain Malaysia.

“Karier Zii Jia panjang lagi, sudah tentu BAM sebagai badan pentadbir tak kira pemain profesional atau bukan profesional, kita akan bantu bimbing pemain,” katanya.

Jumaat lepas, Jahaberdeen mengumumkan BAM tidak akan mendaftarkan Zii Jia untuk mana-mana kejohanan antarabangsa bagi tempoh dua tahun bermula 18 Januari ini.

Ia berikutan keputusan pemain berusia 23 tahun itu yang menghantar surat untuk keluar daripada BAM pada 11 Jan lepas, agar beliau dapat bergerak sebagai pemain profesional, dengan alasan tidak dapat menahan tekanan dan gaya hidup ditetapkan di BAM.

Bagaimanapun, BAM semalam mengesahkan bahawa Zii Jia telah menghantar rayuan mengenai keputusan itu, dan berjanji ia akan mencari penyelesaian terbaik dengan segera.

Dalam pada itu, Jahaberdeen turut mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang rayuan serupa dilakukan Zii Jia, daripada juara remaja dunia Goh Jin Wei setakat ini.

Jin Wei yang mengumumkan persaraan pada September lepas sebelum membuat pusingan-U untuk bergerak sebagai pemain profesional, turut tidak akan didaftar untuk kejohanan selama dua tahun bermula 31 Oktober 2021. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad