web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Ucap Selamat Tinggal Pada Piala Uber 2022

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2022 8:07AM

Jin Wei tidak mampu meneruskan momentum di set pertama menentang lawan dari Thailand. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Satu lagi kekalahan. Satu lagi penyingkiran pada peringkat kumpulan.

Cabaran Malaysia pada Piala Uber 2022 berakhir selepas mereka ditunjukkan jalan keluar awal oleh tuan rumah, Thailand, berikutan kekalahan 1-4 pada perlawanan kedua Kumpulan C di Impact Arena semalam.

Walaupun membuat beberapa ‘kejutan’ dalam skuad selepas mereka tewas kepada Denmark 2-3 pada perlawanan pembukaan semalam, strategi itu ternyata gagal dan tidak cukup untuk Malaysia menghidupkan semula peluang untuk layak ke suku akhir.

Bekas juara dunia remaja Goh Jin Wei yang menggantikan S Kisona sebagai perseorangan pertama, bermula dengan baik dengan mengalahkan bekas pemain nombor satu dunia Ratchanok Intanon 21-14, pada set yang pertama.

Bagaimanapun pemain berusia 22 tahun itu yang sebelum ini tewas dua kali kepada Intanon, hilang haluan pada dua set berikutnya dan tewas 14-21, 15-21 kepada lawannya itu.

Pemain dari Pulau Pinang itu ketika ditemui selepas perlawanan menyatakan yang beliau gagal membalas kepercayaan yang diberikan pasukan kejurulatihan, yang meletakkan beliau sebagai perseorangan pertama hari ini, berikutan tewas kepada Intanon.

“Prestasi saya masih jauh dari semua aspek berbanding Intanon. Beliau amat pantas dan fleksibel dalam gelanggang,” kata pemain nombor 80 dunia, yang mahu cuba meningkatkan lagi rangking dunia beliau dalam masa terdekat.

Pasangan beregu nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah memberikan sedikit kegembiraan untuk Malaysia selepas mereka kembali untuk menang, selepas tewas set pertama 16-21 kepada pasangan Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai.

Pearly-Thinaah, pasangan ke-11 dunia, meningkatkan permainan dalam dua lagi set dan menang 21-19, 21-17 untuk menyamakan kedudukan Malaysia.

Thinaah ketika bercakap mengenai prestasi mereka, gembira untuk melihat rancangan mereka berjalan dengan baik pada perlawanan itu, dan gembira kerana dapat memberikan satu mata kepada Malaysia pada perlawanan yang berlangsung sehingga 71 minit.

Bagaimanapun perlawanan seterusnya, Juara Siri Antarabangsa Belanda Myisha Mohd Khairul walaupun bermain dengan baik pada set pertama, tewas 22-20 kepada Pornpawee Chochuwong.

Namun Myisha, 19, gagal mengulangi permainan baik pada set pertama, dan tewas mudah 21-10 kepada Pornpawee, dan memberikan mata kedua untuk Thailand.

Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard memberikan mata kemenangan kepada Thailand pada perlawanan keempat dengan mengalahkan pasangan Valeree Siow-Teoh Mei Xing, 21-9, 21-14.

Pada perlawanan kelima, walaupun Busanan Ongbamrungphan berhadapan tentangan daripada pemain muda negara Tan Zhing Yi, apabila menang dengan mata 21-19, namun dengan mudah menang pada set kedua 21-6 dan memberikan kemenangan 4-1 kepada Thailand.

Ini merupakan kemenangan kedua untuk Thailand selepas mereka mengalahkan Mesir 5-0 pada perlawanan pertama mereka, semalam.

Walaupun telah terkeluar, Malaysia yang kali terakhir layak ke pusingan lapan terbaik pada edisi 2010, akan bermain dalam perlawanan terakhir kumpulan dengan bertemu Mesir, hari ini.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C, Denmark juga melayakkan diri ke suku akhir selepas mereka mengalahkan Mesir 5-0. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad