web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Ini Untuk Malaysia - Syarifuddin

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 3:36PM

Syarifuddin duduk di atas motosikalnya sebelum perlumbaan bermula. - Gambar ihsan SIC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Piala ini untuk Malaysia!,” kata pelumba muda negara Syarifuddin Azman mendedikasikan kejayaan muncul juara Perlumbaan 1 saingan CEV Moto3 Remaja Dunia FIM di sirkit de Barcelona-Catalunya, malam tadi.

Pelumba pasukan SIC Racing berusia 19 tahun itu berkata, kesemua kerja keras oleh diri dan pasukannya, berbaloi selepas kemenangan pertamanya itu, walaupun bermula daripada petak ke-10.

“Kami telah bekerja keras bagi mendapatkan penalaan motosikal yang tepat sepanjang minggu, dan semuanya berbaloi. Saya berterima kasih kepada keluarga saya, penaja, pasukan dan rakan-rakan. Piala ini untuk Malaysia.

“Saya bersyukur untuk hari ini. Saya menang perlumbaan pertama, namun saya jatuh pada perlumbaan kedua selepas seorang pelumba lain melanggar saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Dengan nama gelaran Damok, pelumba kelahiran Selangor itu menang selepas melepasi garisan penamat dalam masa 29 minit dan 32.553 saat (s) pada perlumbaan sejauh 74.5 kilometer, menewaskan  dua pelumba tuan rumah David Munoz Rodriguez dan Jose Antonio Rueda Ruiz, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Namun, beliau tidak bernasib baik dalam Perlumbaan 2, selepas terlibat dalam kemalangan pada  pusingan ke-11.

25 mata yang diperolehi dari kemenangan itu membolehkan Syarifuddin melonjak naik ke kedudukan ke-10 dalam kedudukan kejohanan dunia dengan 31 mata selepas lima perlumbaan, manakala Daniel Holgado dari Junior Aspar Team, yang memenangi empat perlumbaan lain musim ini, masih kekal mendahului dengan 113 mata.

Perlumbaan 2 Moto2 pula menyaksikan, Adam Norrodin hampir menamatkan perlumbaan di podium walaupun bermula dari petak ke-20, selepas menduduki tempat keempat dengan catatan masa 30:22.746s. Adam terlibat kemalangan pada pusingan ke-12 pada Perlumbaan 1.

Kategori European Talent CUP (ETC) pula menyaksikan Sharul Ezwan Mohd Sharil menduduki tempat ke-14 selepas menamatkan 15 pusingan dalam masa 28:40.727s, manakala Muhammad Hakim Danish Ramli di tempat ke-14 dengan masa 28:41.762s.

Sementara itu pengurus pasukan Zulfahmi Khairuddin amat gembira dengan prestasi yang ditunjukkan pelumba Malaysia dalam kejohanan pembangunan bakat, yang terarah kepada Kejuaraan Dunia MotoGP.

“Ia  satu hari yang hebat untuk kami di SIC Racing apabila Damok menang perlumbaan pertama, saya amat gembira dengan peningkatan yang beliau lakukan minggu ini. Untuk Adam, ia bukan hujung minggu yang mudah untuknya, kerana terpaksa menghadapi masalah dengan motosikalnya, kami tidak dapat mencari penalaan yang terbaik untuk motosikalnya minggu ini.

“Ini merupakan satu pengalaman yang penting buat Hakim Danish untuk berlumba dengan pelumba Eropah yang lain. Secara keseluruhannya, ia satu minggu yang positif dan berharap kita boleh mengekalkan momentum ini untuk perlumbaan kami yang seterusnya,” katanya merujuk kepada pusingan selanjutnya kejuaraan itu di Sirkit Antarabangsa Algarve, Portugal pada 4 Julai.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah atas kejayaan Damok menerusi platform media sosialnya.

“Tahniah Syarifuddin Azman! Aksi berani beliau pada pusingan terakhir membuahkan hasil muncul juara perlumbaan ‘Moto3 Junior World Championship’ di Barcelona sebentar tadi.

“Sama-sama kita berikan sokongan dan semangat buat beliau. Tahniah Syarifuddin, kekalkan prestasi, ‘FULL GAS’ untuk perlumbaan seterusnya,” katanya dalam hantaran di akaun Facebooknya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Damok Guna Pengalaman MotoGP 'Gegar' ARRC 2024

2

Politik 2 tahun yang lalu

Menang DUN Bertam, Reezal Merican Ikrar Aktif Sebagai 'Backbencher'

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Damok Buru Kedudukan Terbaik Setiap Perlumbaan Moto3

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Peluang Lihat Wakil Negara Beraksi Di GP Malaysia Masih Terbuka

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad