web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peluang Lihat Wakil Negara Beraksi Di GP Malaysia Masih Terbuka

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 7:23PM

Zulfahmi Khairuddin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harapan peminat permotoran negara untuk menyaksikan anak watan memperagakan kehebatan di perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini, masih menyala.

Pengurus pasukan SIC Racing Muhammad Zulfahmi Khairuddin berkata usaha untuk memastikan pelumba negara mendapat tiket wild card bagi beraksi di Sepang sedang giat berjalan.

Tanpa mendedahkan nama, bekas pelumba Moto2 negara itu berkata beliau kini di Portugal bagi mengintai peluang kerjasama bersama beberapa pasukan antarabangsa, selain pihak terlibat berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata di sebalik keghairahan untuk melihat wakil negara beraksi di Sepang, banyak aspek perlu dipertimbangkan antaranya jadual perlumbaan padat yang terpaksa dilalui pelumba sekiranya mendapat tiket wild card tersebut.

“Ada banyak perkara kita kena ambil kira sebab seminggu selepas GP Malaysia adalah Kejuaraan Dunia JuniorGP di Valencia, jadi (jadual) memang betul-betul padat dan kita juga nak kena cari motosikal simpanan sebab tak boleh bawa jentera dari JuniorGP.

“Terdapat banyak tindakan di belakang tabir, jadi kami akan uruskan sehabis baik untuk jadikan (jayakan) wild card di Sepang nanti,” katanya pada sidang media secara maya, hari ini.

Sebelum ini media tempatan melaporkan pelumba negara, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok disebut-sebut sebagai pilihan mengisi slot wild card Moto3 di GP Malaysia berdasarkan prestasi yang ditampilkan dalam kempen Kejuaraan Dunia JuniorGP musim ini.

Bagaimanapun, beliau berkata: “pelumba tersebut tidak boleh diumumkan lagi, kemungkinan besar Damok tetapi saya tak boleh mengesahkan perkara itu buat masa ini, mungkin pada saat akhir tak dapat pengesahan IRTA (Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa),”.

Menurut beliau, pengesahan daripada IRTA akan diterima kira-kira dua minggu sebelum perlumbaan berlangsung dari 21 hingga 23 Oktober depan.

Sementara itu, Damok yang mewakili pasukan SIC Racing berazam meneruskan momentum cemerlang pada perlumbaan kelima JuniorGP di Litar Antarabangsa Algarve di Partimao, Portugal minggu ini.

“Saya sasar untuk menaiki podium sekali lagi bagi mendapat kembali kedudukan tiga terbaik dalam kedudukan pelumba….dari segi jentera saya akan kekalkan setup dari perlumbaan terakhir dan saya yakin dengan jentera dan pasukan boleh bawa saya kembali ke podium seperti di Barcelona,” katanya.

Damok meraih tempat kedua dalam dua perlumbaan di Litar de Barcelona di Sepanyol minggu lepas, sekali gus menghuni tempat kelima daripada 36 pelumba dengan mengumpul 77 mata keseluruhan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

2

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

4

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

5

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

6

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad