web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menang DUN Bertam, Reezal Merican Ikrar Aktif Sebagai 'Backbencher'

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 8:02AM

Reezal Merican Naina Merican

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi jaminan akan memainkan peranan aktif sebagai ahli backbenchers (penyokong) kerajaan negeri Pulau Pinang.

Berbekalkan pengalaman sebagai bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ahli Parlimen Kepala Batas, katanya, beliau akan memainkan peranan backbenchers tersebut pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Sekarang negeri ini memerlukan backbencher yang kuat dan saya akan memainkan peranan itu dalam DUN,” katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas pembentukan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan  Negeri (Exco) Pulau Pinang, hari ini.

Reezal Merican, yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, mengalu-alukan pembentukan barisan exco komposisi campuran muka lama dan baharu yang memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing.

Ditanya mengenai desas-desus pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 yang tular di media sosial semalam, Reezal Merican menyifatkan ia sebagai spekulasi.

Katanya, beliau sentiasa akur dan setuju dengan keputusan yang diambil oleh kepimpinan tertinggi kerana kesetiaannya kepada parti.

Reezal Merican menewaskan  Reezal Merican menewaskan penyandang Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dengan majoriti 2,321 undi - gambar X
Reezal Merican menewaskan  Reezal Merican menewaskan penyandang Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dengan majoriti 2,321 undi - gambar X

"Saya anggap spekulasi ini adalah harapan oleh netizen kerana saya adalah bekas menteri tapi kita kena faham gelanggang di peringkat negeri ini berbeza dan saya dianggap sama sahaja seperti yang lain. 

“Saya tidak mengambil serius spekulasi itu,” katanya.

Reezal Merican menegaskan bahawa keutamaannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini adalah untuk menebus kekalahannya di Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada PRN Pulau Pinang, Sabtu lalu, Reezal Merican menewaskan penyandang Khaliq Mehtab Mohd Ishaq calon dari Perikatan Nasional (PN) di DUN Bertam dengan majoriti 2,321 undi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Budaya 3 tahun yang lalu

Silat Warisan Berharga Yang Perlu Dipertahan - Reezal

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

BTS Perjuang Jenayah Rasis Di Rumah Putih

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Pak Lah Sihat Walafiat, Tindakan Undang-Undang Akan Diambil

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Raih Perak, Azizulhasni Tidak Dapat Kawal Tangisan

Sorotan

1

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

2

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

4

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

5

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

6

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad