web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BTS Perjuang Jenayah Rasis Di Rumah Putih

Perbincangan Biden dan BTS itu adalah sempena penutupan bulan warga Asia-Amerika dan Kepulauan Pasifik.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 9:53AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Boyband terkenal BTS diundang ke Rumah Putih untuk berucap mengenai jenayah rasis di Amerika Syarikat yang menjadikan orang Asia sebagai sasaran.

Ketujuh-tujuh ahli kumpulan itu iaitu Kim Namjoon (RM), Kim Seokjin (Jin), Min Yoongi (Suga), Jung Hoseok (J-Hope), Park Jimin, Kim Taehyung (V), dan Jeon Jungkook dilihat kemas mengenakan suit hitam. 

Dalam ucapan ringkas mereka, masing-masing menentang diskriminasi terhadap kaum yang dilemparkan kepada orang Asia dan menegaskan kepentingan perbezaan kaum di Amerika.

“Tidak salah untuk jadi berbeza. Mungkin kesamarataan dimulakan dengan sikap menerima semua perbezaan ini,” kata Suga dalam ucapannya.

Manakala V juga turut berucap ringkas menyokong kenyataan sama yang dikeluarkan ahli BTS yang lain. 

“Setiap orang mempunyai sejarahnya masing-masing. Kami berharap hari ini bermulanya langkah pertama untuk kita saling menghormati, menghargai dan memahami antara satu sama lain,” tambahnya.

Selesai berucap, mereka dilihat meninggalkan Rumah Putih dan tidak menerima apa-apa soalan daripada media.

Perbincangan Biden dan BTS itu adalah sempena penutupan bulan warga Asia-Amerika dan Kepulauan Pasifik.

Sentimen Anti-Asia di Amerika Syarikat bermula ketika pandemik apabila Donald Trump menyalahkan negara Asia sebagai punya virus ini merebak di samping menamakan virus Coronavirus sebagai ‘virus China’ atau ‘kung flu’.

Ia kemudian berlanjutan dengan sebuah insiden menyayat hari di Atlanta apabila seorang lelaki menembak mati lapan orang wanita. Enam daripadanya adalah wanita Asia.

Ini bukan kali pertama Rumah Putih menggunakan kelebiha pengaruh yang ada pada selebriti untuk sesebuah kempen. Terdahulu, antara artis yang pernah berkempen untuk isu-isu penting ialah Selena Gomez, Jonas Brothers dan Olivia Rodrigo. - Getaran, 2 Jun 2022

Sumber foto: Koreaboo

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Operator Kilang Rugi Lebih RM70,000 Diperdaya 'Parcel Scam'

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Tembak Pulau Ketam: Suspek Tanya Tentang Bot, Cuba Lari Ke Negara Jiran

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Wanita Warga Emas Disyaki Curi Wang Majlis Kahwin Direman 4 Hari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Puas Hati Kena Tarik, Wanita Nekad Bakar Motosikal

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN