web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Silat Warisan Berharga Yang Perlu Dipertahan - Reezal

Program itu diharapkan dapat mempamerkan persilatan Melayu negeri Pulau Pinang, sekali gus menjadi jalan untuk menyatukan serta mengukuhkan bangsa Melayu dan agama Islam.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 11:08AM

Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Silat adalah warisan yang sangat berharga dalam budaya dan warisan orang Melayu yang perlu dipertahankan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

"Silat dijulang dan diangkat sebagai benteng pertahanan negara yang ketiga, malah, ia juga telah berjaya disenaraikan di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Reezal Merican - Gambar oleh Alif Omar
Reezal Merican - Gambar oleh Alif Omar

"Ini menunjukkan bahawa seni mempertahankan diri ini adalah warisan pusaka yang perlu dipertahankan oleh bangsa Melayu,” katanya dalam ucapan perasmian Majlis Bersilaturrahim Himpunan Seni Silat Melayu Pulau Pinang di sini pada Ahad malam.

Reezal, yang juga ahli parlimen Kepala Batas dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, turut mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada Jawatankuasa Focus Group Warisan, Kesenian, Budaya, dan Pelancongan Bumiputera Pulau Pinang bagi tujuan mengadakan karnival silat di negeri itu.

Katanya, program itu diharapkan dapat mempamerkan persilatan Melayu negeri Pulau Pinang, sekali gus menjadi jalan untuk menyatukan serta mengukuhkan bangsa Melayu dan agama Islam. - Bernama
 

Berita Berkaitan

1

Budaya 3 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 4 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Budaya 1 bulan yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

4

Budaya 2 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 4 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN