Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Damok Guna Pengalaman MotoGP 'Gegar' ARRC 2024

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2024 8:54PM

gambar Instagram syarifuddinazman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman atau dikenali Damok sedia menggunakan pengalamannya berlumba di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) untuk 'menggegar' litar Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim ini.

Pelumba berusia 22 tahun itu akan beraksi dalam kelas AP 250cc bersama pasukan Idemitsu Boon Siew Honda (BSH) Racing Team dalam perlumbaan yang membuka tirai di Litar Antarabangsa Chang, Thailand esok hingga Ahad ini.

Mengakui perlu mengubah sedikit cara tunggangan dalam saingan ARRC ini, Damok menetapkan sasaran untuk menamatkan perlumbaan di podium dalam kesemua enam pusingan perlumbaan musim 2024.

"Bagi saya peralihan daripada Moto3 ianya tetap beri cabaran buat saya. Saya perlu mengubah cara tunggangan dalam usaha untuk memberikan tentangan sengit.

"Saya tidak meletakkan sasaran besar namun akan cuba kekal tenang selain fokus mencari talaan terbaik ke atas jentera (Honda CBR250RR) yang akan ditunggangi dalam perlumbaan ini," katanya dalam sidang media secara dalam talian hari ini.

Kali terakhir Damok menyertai kejuaraan ARRC adalah pada 2019 dalam kategori sama.

Selepas Thailand, ARRC beralih ke ke Litar Antarabangsa Zhuhai, China (19-21 April), Mobility Resort Motegi, Jepun (7-9 Jun), Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia (26-28 Julai), Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini (13-15 September) sebelum berakhir di Litar Antarabangsa Chang (6-8 Disember).

Semalam, Damok diumum menyertai kejuaraan tersebut pada sesi pengenalan pelumba pasukan BSH, sekali gus menjawab teka-teki mengenai nasib pelumba negara itu yang tidak lagi beraksi di MotoGP.

Turut bersama BSH adalah Zaqhwan Zaidi yang beraksi dalam kelas perdana ASB1000 bersama jentera baharu Honda CBR1000RRR 2024, sementara Md Helmi Azman dan Azroy Hakeem Anuar berlumba dalam kelas SS600cc bersama jentera Honda CBR600RR. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Damok Buru Kedudukan Terbaik Setiap Perlumbaan Moto3

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Peluang Lihat Wakil Negara Beraksi Di GP Malaysia Masih Terbuka

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Damok Sedia Gegar Litar Perlumbaan GP Sepanyol Dan Portugal

4

Sukan 2 tahun yang lalu

SIC Sasar Lebih 170,000 Penonton Meriahkan MotoGP

Sorotan

1

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

5

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

Politik 1 hari yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Semasa 1 hari yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC