web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Damok Sedia Gegar Litar Perlumbaan GP Sepanyol Dan Portugal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 8:13AM

Syarifuddin akan beraksi atas tiket wildcard mengantikan Alberto Surra yang masih bergelut dengan kecederaan serius. - Gambar Asia Talent Cup

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba negara Syarifuddin Azman bersedia untuk menggegar litar antarabangsa selepas diberikan peluang membuat penampilan dalam pasukan Rivacold Snipers Team pada perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia 2022 hujung bulan ini.

Syarifuddin lebih dikenali sebagai Damok yang beraksi atas tiket ‘wildcard’ akan membuat penampilan itu dalam kelas Moto3 dalam dua pusingan perlumbaan membabitkan Grand Prix (GP) Portugal pada 22 hingga 24 April ini sebelum mengharungi perlumbaan GP Sepanyol pada 29 April hingga 1 Mei depan.

Damok dipilih bagi menggantikan pelumba Moto3, Alberto Surra yang masih bergelut dengan kecederaan serius yang dialami ketika sesi latihan bebas GP Amerika Syarikat pada 10 April lepas.

“Saya dapat tahu berita mengenai penyertaan dalam kejuaraan Moto3 daripada pengurus pasukan Sepang International Circuit (SIC) Racing Team, Zulfahmi Khairuddin.

“Pada mulanya, saya rasa tidak percaya namun sangat teruja untuk berlumba di Portimao hujung minggu ini,” katanya dalam sidang media yang diadakan secara maya semalam.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berharap agar pelumba kebangsaan itu dapat menampilkan aksi yang terbaik pada perlumbaan itu.

“Kita yakin dengan kemampuan Damok ... jadi sasaran untuk tahun ini, sekurang-kurangnya dapat 15 mata ke atas itu adalah terbaik,” katanya.

Damok sebelum ini pernah mengharumkan nama negara apabila muncul juara dalam perlumbaan pertama Moto3 Junior World Championship FIM CEV Repsol pada tahun lepas di Barcelona, Sepanyol. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Damok Guna Pengalaman MotoGP 'Gegar' ARRC 2024

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

JDT Racing Team Pertaruh Hafizh Syahrin Dalam Kemunculan Sulung Sukan Permotoran

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 35 minit yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar