web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JDT Racing Team Pertaruh Hafizh Syahrin Dalam Kemunculan Sulung Sukan Permotoran

Penyertaan bermula menerusi siri perlumbaan Asian Road Racing Championship tahun depan

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2023 7:32PM

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama Hafizh Syahrin Abdullah. gambar Instagram JDT, Hafizh Shahrin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak asing lagi dalam dunia bola sepak dengan pencapaian cemerlangnya sejak 10 tahun berturut-turut pada saingan Liga Super Malaysia.

Namun, tidak lama lagi, namanya akan mulai dikenali dalam dunia permotoran melalui penyertaannya dalam cabaran sukan lasak berkenaan, tahun depan.

Ia susulan pengumuman Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik JDT, mengenai hasratnya untuk meluaskan portfolio pasukan elit itu dalam arena perlumbaan motosikal.  

Perkongsian JohorSouthernTigers mengenai JDT Racing Team mulai 2024.
Perkongsian JohorSouthernTigers mengenai JDT Racing Team mulai 2024.


Menerusi hantaran di aplikasi X @JOHORSouthernTigers, JDT mengumumkan akan menceburi sukan perlumbaan motosikal bersama pelumba terkenal Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah yang bakal bernaung bawah pasukan JDT Racing Team mulai 2024.

Difahamkan, pasukan ini akan menyertai siri perlumbaan yang berpangkalan di benua asia iaitu Asian Road Racing Championship.
 
Ia seterusnya menyasarkan untuk bersaing ke peringkat kejohanan antarabangsa dalam Superbike World Championship pada masa akan datang.

officialjohor turut berkongsi perkembangan terbaharu itu.
officialjohor turut berkongsi perkembangan terbaharu itu.

Menerusi hantaran di Instagram @officialjohor, JDT menyatakan ia turut terbabit dalam sukan lain dan penyertaan dalam sukan permotoran bertujuan mengembangkan lagi jenama JDT serta mencipta kolaborasi bersama organisasi luar negara. 

“Jenama JDT telah pun menceburi bidang futsal, polo, tinju dan hoki ais, dan usaha terbaharu ini menyasarkan untuk mengembangkan lagi jenama JDT kepada khalayak global dan membuka pintu kepada lebih banyak kerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa,” katanya.

Sekeping gambar Tunku Ismail dihadiahkan helmet milik Hafizh turut disertakan dalam hantaran berkenaan.

Hafizh Syahrin Abdullah ketika menyertai pertandingan.
Hafizh Syahrin Abdullah ketika menyertai pertandingan.

Terkini, Hafizh sedang beraksi dalam saingan WorldSBK bersama-sama pasukan Petronas Mie Racing Honda Team menggunakan jentera Honda CBR1000 RR-R. 

Hafizh kini berada di kedudukan ke-21 daripada keseluruhan 27 pelumba dengan kutipan sepuluh mata.

Terdahulu, pelumba negara ini pernah mencuri tumpuan peminat perlumbaan motosikal tempatan apabila membuat kemunculan dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bersama Monster Yamaha Tech 3 dan Red Bull KTM Tech 3, masing-masing pada musim 2018 dan 2019. - Getaran, 10 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

3

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden