web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SIC Sasar Lebih 170,000 Penonton Meriahkan MotoGP

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 7:51PM

Azhan Shafriman Hanif - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjuran kembali Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) pada Oktober ini dijangka mampu menarik kehadiran lebih 170,000 penonton ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata sasaran itu disifatkannya sebagai munasabah berikutan keputusan kerajaan untuk membuka semula pintu sempadan negara bermula 1 April ini.

“Jumlah itu dijangka meningkat kerana dua tahun lepas ia tidak dapat diadakan namun kini ia kembali dan orang ramai ternanti-nanti untuk MotoGP pada tahun ini, jadi sudah tentu sasaran itu boleh dipenuhi.

“Tambahan pula, SIC dengan kerjasama PETRONAS dalam usaha mengetengahkan sesuatu kelainan pada penganjuran kali ini untuk memeriahkan lagi serta menarik minat orang ramai untuk hadir,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Beliau berkata antara kelainan tersebut adalah mempertimbangkan untuk memberikan kebenaran kepada kanak-kanak memasuki ruangan grandstand yang sebelum ini hanya untuk golongan dewasa.

“Penganjuran kali ini akan memberi fokus kepada ‘pengalaman peminat’ untuk memberikan kelainan, namun segala ketetapan itu akan dibincangkan kemudian selain mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata perbincangan sedang dibuat untuk menamakan beberapa pelumba tempatan bagi mengisi slot wild card bagi memeriahkan perlumbaan kali ini.

“SIC memang nak menampilkan pelumba tempatan jadi nama-nama seperti Syarifuddin Azman atau dikenali sebagai Damok serta Hakim Danish Ramli merupakan antara pelumba yang dikenal pasti.

“Namun pengesahan satu slot wild card itu tertakluk kepada keputusan pemegang hak MotoGP, Dorna Sports, untuk memberikannya selain indeks prestasi utama (KPI) telah ditetapkan kepada para pelumba untuk dipenuhi,” katanya.

Beliau berkata pelumba-pelumba tersebut perlu memenuhi KPI termasuk berjaya menempatkan diri dalam kedudukan podium mahupun berada dalam kelompok 10 teratas dalam kejohanan yang sedang mereka sertai pada masa ini.

Semalam, SIC memaklumkan pihaknya kekal dalam kalendar kejuaraan MotoGP sehingga 2024 dengan Petronas terus menjadi penaja utama perlumbaan.

Pusingan di Malaysia itu akan dikenali sebagai Grand Prix Petronas Malaysia mulai tahun ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Damok Guna Pengalaman MotoGP 'Gegar' ARRC 2024

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

2 Anak Malaysia Galas Tugas Jurutera Bendalir F1 Mercedes-AMG PETRONAS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan