web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2024 8:14PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) membayar dividen berjumlah RM40 bilion kepada kerajaan pada 2023, selain menyumbang sebanyak RM2 bilion untuk dana Kumpulan Wang Amanah Negara.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, syarikat minyak dan gas negara itu sudah membuat pembayaran dividen sebanyak RM50 bilion pada 2022.

"Selepas menilai secara teliti kemampuan kumpulan untuk terus membiayai usaha membayar hutang dan memenuhi obligasinya, selain melabur bagi tujuan pertumbuhan, PETRONAS pada tahun lalu telah membuat pembayaran dividen sebanyak RM40 bilion kepada kerajaan," katanya pada sesi pengumuman prestasi kewangan kumpulan itu bagi 2023 di sini, hari ini.

Pada masa sama, PETRONAS turut menunaikan komitmennya memberi sumbangan RM2 bilion kepada Kumpulan Wang Amanah Nasional pada 2023.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Liza Mustapha berkata, PETRONAS akan membuat bayaran dividen berjumlah RM32 bilion kepada kerajaan pada 2024.

"Lembaga Pengarah telah meluluskan bayaran dividen berjumlah RM32 bilion yang akan dibayar pada tempoh antara April dan Disember. Ini baru diluluskan semalam," katanya.

PETRONAS mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM80.7 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (tahun kewangan 2023) berbanding RM101.6 bilion dalam tahun sebelumnya, sebahagian besarnya berikutan purata harga direalisasi yang lebih rendah.

Perolehan hasilnya pada tahun kewangan 2023 susut kepada RM343.6 bilion daripada RM372.3 bilion, sebelum ini.

Bagi suku keempat, keuntungan syarikat minyak dan gas negara itu berkurangan kepada RM16.6 bilion daripada RM24.4 bilion, manakala perolehan hasil susut kepada RM91.7 bilion daripada RM104.2 bilion. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel