web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2024 9:23PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Beberapa peruntukan tambahan yang telah disalurkan Kerajaan Perpaduan khusus bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini adalah bukti kerajaan tidak mengabaikan golongan itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata sebelum ini kerajaan telah menyalurkan RM100 juta kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) selain menambah beberapa dana seperti bantuan sejumlah RM50 juta kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia untuk masyarakat India .

"Kalau wakil masyarakat India cakap dengan saya, saya akan cuba selesaikan. Tengok ada orang kata MITRA (bermasalah) itu tidak betul, MITRA sahaja (kita beri) RM100 juta.

"TEKUN (untuk) peniaga kecil India macam mana...kita tambah RM50 juta, kemudian Amanah Ikhtiar dulu untuk orang-orang kampung yang miskin semua kita bantu, sekarang Amanah Ikhtiar pun kita tambah RM50 juta bagi masyarkat India, jadi tak betul kalau kata kita tak ambil tahu," katanya ketika berucap pada Program Santai Bersama Komuniti India Parlimen Tambun di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata langkah yang diambil kerajaan bagi membantu masyarakat India itu adalah hasil maklum balas dan perbincangan dengan rakan-rakan, exco, Ahli Dewan Undangan Negeri dan wakil masyarakat India mengenai masalah dihadapi kaum tersebut.

Anwar berkata selain itu, pihaknya juga telah meminta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya menyediakan peluang kepada anak-anak masyarakat India menyertai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang mula dilaksanakan, tahun ini.

"Kemudian saya (beritahu) kepada Petronas, bagi biasiswa kepada masyarakat India, dulu tumpu masyarakat Melayu okey...tetapi sekarang untuk masyarakat India, latihan, staf, biasiswa lebih 1,000 telah diambil.

"Jadi kalau ini kawan-kawan dan pemimpin masyarakat tidak cerita, orang tidak akan simpati dan kesian, sebab itu saya kata buat aduan...cuma jangan timbul cakap seolah-olah oh, Anwar tidak ambil tahu semua. Ini tidak betul, " katanya.

Perdana Menteri berkata beliau juga meminta Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek supaya melatih lebih ramai guru bahasa Tamil bagi membolehkan pelajar-pelajar yang ingin mempelajari bahasa itu tidak mengalami sebarang masalah.

"Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu, tetapi anak Cina nak belajar bahasa Cina kita bagi peluang. Kita tak rugi, negeri kita untung kalau anak Malaysia (tahu bahasa) Tamil, Cina, dan Arab yang boleh menguntungkan negara," katanya.

Selain itu, Anwar berkata beliau dan barisan kepimpinan serta masyarakat keseluruhannya perlu bekerjasama dalam menyelamatkan negara daripada penyelewengan, serta menghentikan sikap perkauman.

Perdana Menteri berkata negara kini memasuki era baharu iaitu era digital dengan teknologi kecerdasan buatan dan anak-anak telah diberikan yang terbaik termasuk guru-guru terbaik.

"Itu adalah permintaan saya, saya akan terus mengulangi ini tanpa ragu-ragu, saya ingin mengatakan bahawa kami akan bekerja keras, saya tidak peduli apa yang orang mahu katakan atau cadangkan, satu perkara penting, kita perlu menyelamatkan negara ini daripada pemimpin tamak yang telah mencuri wang dari negara ini.

"Kita perlu menyelamatkan negara ini daripada fanatik perkauman dan agama dalam kalangan semua bangsa dan agama...Dan selagi saya menjadi Perdana Menteri, saya akan melakukan apa yang terbaik untuk menyelamatkan negara ini,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad