web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasukan Liga-M Setuju Jadual Baru

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 8:04AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan Liga-Malaysia (Liga-M) bersetuju dengan jadual baharu yang dikeluarkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), yang memberikan ruang masa yang mencukupi buat mereka, sebelum menyambung semula saingan pada bulan depan.

Ketua Jurulatih Petaling Jaya (PJ) City FC P. Maniam berpendapat, jadual tersebut adil untuk semua pasukan dan memberikan lebih masa untuk mempersiapkan diri, memandangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) masih dilaksanakan.

Dengan skuad ‘The Poenix’ itu belum lagi memulakan latihan secara ‘Camp Based Training’, beliau mengakui lebih banyak masa diperlukan untuk menghadapi baki saingan Liga Super 2021.

“Sebagai jurulatih, saya rasa jadual ini adalah seimbang memandangkan kita tahu skuad Harimau Malaya, Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC (TFC) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC, juga ada tugas masing-masing.

“Selepas itu perlu kuarantin 14 hari lagi, jadi saya rasa tiada masalah untuk kita sambung balik perlawanan bermula 24 Julai,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan MFL hari ini.

Menurut jadual yang dikeluarkan oleh MFL semalam, saingan Liga Premier dan Liga Super masing-masing akan membuka tirai pada 3 Julai dan 24 Julai, selepas berakhirnya kejohanan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, Liga Juara-Juara AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) dan Piala AFC 2021.

Sementara itu, Pengendali Terengganu FC Nafuzi Zain, mengharapkan jadual Piala AFC yang turut melibatkan KDA FC, yang dijadual berlangsung 29 Jun ini tidak berubah, walaupun venue masih belum ditentukan, selepas Singapura menarik diri daripada menjadi hos.

Ini kerana, pindaan jadual Piala AFC 2021 akan menjejaskan persiapan pasukannya, serta akan memberi kesan kepada pasukan-pasukan Liga-M yang tidak terlibat dalam Piala AFC.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC K. Devan berkata, tempoh masa lebih kurang tiga minggu sebelum bermulanya Liga Premier itu mencukupi, dan tiada masalah untuk mereka mula lebih awal berbanding Liga Super.

Bagaimanapun beliau berharap, mereka dapat melakukan perlawanan persahabatan dahulu sekiranya PKP berakhir lebih awal, supaya sekurang-kurangnya pemain dapat merasai aksi sebenar di padang selepas berehat hampir dua bulan. 

MFL mengesahkan tarikh baru dua aksi Liga Premier yang ditunda, iaitu aksi Selangor FC 2 menentang Sarawak United FC ekoran cuaca buruk, dan Perak FC II menentang Kelantan FC, disebabkan para pemain Kelantan FC diarahkan kuarantin 10 hari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan pemain mereka didapati positif COVID-19.

Perak II bertemu Kelantan FC akan diadakan pada 29 Jun, manakala Selangor FC 2 menentang Sarawak United bakal berlangsung pada 30 Jun. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar