web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


WWC 2025 Tetap Diteruskan, Penganjur Mohon Maaf Untuk Semua Kekeliruan 

Sukan Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2025 8:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejohanan Dunia Warzone 2025 (WWC 2025) akan tetap diteruskan mengikut jadual pada 6 hingga 7 Disember nanti.

Jurucakap penganjur berkata, jualan tiket untuk acara yang bakal diadakan di N9 Arena dekat Nilai, Negeri Sembilan itu juga sudah tersedia untuk peminat sukan tempur.

Menurut beliau, penganjur turut memohon maaf atas segala kekeliruan dan salah faham yang timbul sejak kebelakangan ini.

“Penganjur menzahirkan penghargaan kepada semua pihak media dan masyarakat atas perhatian yang diberikan terhadap acara tersebut

“Kelemahan dalam komunikasi dan promosi awal telah menimbulkan persepsi negatif kepada WWC,” katanya.

Jelas jurucakap itu, WWC mengambil tanggungjawab penuh dan telah melaksanakan langkah segera bagi memperbetulkan keadaan serta memastikan mesej sebenar acara ini difahami dengan jelas.

Katanya, WWC 2025 bukan medan pergaduhan sebaliknya sebuah platform seni tempur profesional yang menekankan nilai disiplin, kawalan diri dan semangat kesukanan. 

“Semua kategori pertandingan dijalankan secara tersusun mengikut struktur sukan tempur sah, diselia oleh panel juri dan wasit profesional daripada pelbagai disiplin dengan sistem pemarkahan berpandukan piawaian antarabangsa.

“Bagi memastikan pematuhan kepada undang-undang dan garis panduan sedia ada, pihak penganjur WWC juga telah menghantar surat rasmi kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia untuk tujuan pendaftaran,” katanya.

Beliau menarik perhatian, proses permohonan berjalan lancar dan dijangka mendapat kelulusan dalam masa terdekat. 

“Siri perbincangan bersama agensi berkaitan dan pihak keselamatan tempatan turut diadakan bagi memastikan setiap aspek penganjuran berjalan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. 

“WWC ingin menzahirkan terima kasih atas keprihatinan Kementerian Belia dan Sukan serta pihak berkuasa lain yang terbabit,” katanya.

Tegas jurucakap itu, keselamatan peserta dan penonton sentiasa menjadi keutamaan penganjur.

“Langkah-langkah keselamatan termasuk pemeriksaan kesihatan wajib bagi peserta, kehadiran pasukan paramedik di lokasi, kawalan keselamatan di pintu masuk serta pelaksanaan Protokol Sukan Selamat (Safe Sport Protocol) bagi melindungi semua yang terlibat telah disusun rapi. 

“Fokus Warzone adalah untuk membentuk jati diri dan semangat kesukanan, bukan kekerasan,” katanya. 

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, penganjur WWC perlu menunggu sekitar 30 hari untuk mengetahui status kelulusan kejohanan berkenaan. 

Katanya, tiada keistimewaan khas akan diberikan kepada mereka walaupun kejohanan tersebut telah tular di media sosial.

"Kita akan proses permohonan mereka dan Pesuruhjaya Sukan (PJS) akan meneliti insurans dan permit. Untuk badan sukan kebangsaan pula, mereka akan meneliti atlet-atlet yang datang, sama ada mereka ini ada latihan atau tidak," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 2025 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini. - Getaran, 8 November 2025

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 bulan yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar