web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Bukti Sudah Diserah Kepada Pihak Berkuasa, Biar Undang-Undang Ambil Alih’ - Iqbal

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2025 1:58PM

Ramai ahli MCA sudah mula muak dengan permainan kotor segelintir individu dalam persatuan - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Segala bukti melibatkan salah laku individu tertentu dalam Persatuan Kriket Malaysia (MCA) telah diserahkan kepada Pesuuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) dan Unit Anti Rasuah Persekutuan Kriket Antarabangsa (ICC). 

Presiden MCA, Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali berkata, bukti yang sama termasuk beberapa dokumen berkaitan akan diserahkan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Serentak dengan itu, beliau turut mengumumkan penarikan semula peletakan jawatan sebagai Presiden.

Katanya, jawatan tersebut akan terus disandang sehingga tamat penggal atau sehingga PJS dan ICC membuat keputusan rasmi selepas siasatan selesai dilakukan. 

“Dari sudut perundangan, kami dimaklumkan bahawa permintaan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi menyingkirkan Exco sedia ada bukan sahaja tidak sah, tetapi dibuat dengan niat jahat, berdasarkan penipuan serta janji kosong. 

“Ini adalah satu cubaan terancang untuk merosakkan sistem dari dalam,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali
Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali

Iqbal berkata, bukti yang diterima jelas menunjukkan ada antara pemimpin persatuan di peringkat negeri tidak tahu menahu mengenai EGM yang mahu diadakan. 

“Ada juga individu yang dinamakan dalam petisyen EGM tersebut sama sekali tidak menandatangani dokumen berkenaan.

“Ini jelas satu pemalsuan dan manipulasi. Biar undang-undang mengambil alih (salah laku ini). Ini bukan ancaman, sebaliknya perkara yang harus dilakukan,” katanya. 

Lebih menjijikkan tegas beliau, ada calon-calon kepimpinan baharu yang tahu mengenai salah laku tersebut, tetapi tetap memilih untuk bersekongkol demi kepentingan peribadi.

“Salah seorang daripada mereka malah sanggup menjadi ‘jurucakap’ kepada penipuan ini. Ia bukan sekadar tidak beretika, tetapi jelas satu pengkhianatan terhadap seluruh komuniti kriket negara. 

“Perkara sebegini tidak boleh disenyapkan begitu sahaja. Ia perlu disiasat dan mereka yang bersalah mesti dihukum,” katanya. 

Iqbal menarik perhatian, ramai ahli MCA sudah mula muak dengan permainan kotor segelintir individu yang cuba mengambil alih kepimpinan persatuan secara senyap dan penuh muslihat.

“Sokongan luar biasa yang saya terima sejak beberapa hari kebelakangan ini membuktikan  perkara berkenaan. 

“Suasana sekarang penuh dengan ugutan, tekanan dan taktik kotor – semuanya direka oleh mereka yang mahu merampas kuasa tanpa mengikut proses sah. Saya takkan biarkan kriket Malaysia dicemari,” katanya, berang. 

Dalam perkembangan berkaitan, Iqbal turut mencadangkan agar Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan MCA akan datang ditangguh serta-merta. 

“Jangan teruskan sebarang pemilihan selagi siasatan belum selesai. Kalau kita teruskan juga, bersedialah untuk bawa kriket Malaysia ke kancah perpecahan dan krisis undang-undang yang akan melumpuhkan segalanya. 

“Jangan harap juga siasatan ini akan selesai kalau struktur sekarang masih diganggu oleh orang-orang yang punya agenda peribadi. Siasatan ini memerlukan keberanian dan kerjasama mereka yang tahu kebenaran. Diam sekarang bermakna bersubahat,” katanya.

Getaran sebelum ini pernah melaporkan mengenai kemelut rampasan kuasa dalam MCA, angkara tindakan beberapa individu yang mahu mengambil alih barisan kepemimpinan persatuan. 

Komplot itu didakwa didalangi bekas presiden MCA, Mahinda Vallipuram yang mahu kembali memegang tampuk kepimpinan dan Naib Presiden Persatuan Kriket Sarawak, Gordon Chung.

Sumber memberitahu Getaran, Mahinda berdepan masalah untuk mengekalkan kedudukan di peringkat antarabangsa, justeru kedudukan sebagai Presiden bakal membuka ruang untuk beliau mengawal MCA secara langsung. 

“Chung juga dilaporkan telah melanggar segala etika dan menukar mesyuarat majlis menjadi perbalahan yang penuh dengan jeritan, yang akhirnya menyebabkan Presiden dan beberapa individu lain bertindak keluar. 

“Namun begitu, ada kalangan ‘orang dalam’ memberitahu, mereka yang meletak jawatan ini akan kembali pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan merancang untuk mendedahkan konspirasi serta semua yang terlibat,” katanya. - Getaran, 22 April 2025

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 bulan yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad