web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2024 2:44PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usai kempen Olimpik Paris 2024 yang menyaksikan kejayaan meraih gangsa, beregu lelaki utama negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik hanya akan berehat seketika.

Beregu nombor tiga dunia itu merancang untuk meluangkan masa beberapa hari bersama keluarga sebelum kembali berlatih bagi menghadapi Terbuka Jepun pada 20-25 Ogos ini diikuti Terbuka Korea (27 Ogos-1 September).

"Saya rasa cuti beberapa hari dan kami akan berangkat untuk Terbuka Jepun dan mungkin Terbuka Korea. Jadi tiada banyak masa untuk berehat (sebelum) kembali bekerja.

"Seronok rasanya pulang ke Malaysia, satu lagi rangsangan untuk kami pergi lebih jauh," kata Aaron ketika ditemui media setibanya mereka dari Paris hari ini.

Turut tiba di tanah air hari ini pemenang gangsa perseorangan lelaki Lee Zii Jia, pemain beregu wanita Pearly Tan dan M. Thinaah dan pemain beregu campuran Chen Tang Jie, bersama pasukan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pada Ahad, Aaron-Wooi Yik menyumbang pingat pertama buat Malaysia di Paris 2024 apabila mereka bangkit daripada kedudukan hampir kalah untuk menewaskan pasangan Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19 dalam aksi penentuan gangsa. 

Wooi Yik menyifatkan perjalanan mereka untuk merangkul gangsa kali ini lebih mencabar berbanding ketika Olimpik Tokyo 2020.

"Berbeza dengan Tokyo tiada penyokong dan sekarang (ketika di Paris) bila masuk stadium rasa gementar dan tekanan di dalam (pertandingan) Olimpik. la situasi yang berbeza.

"Saya dan Aaron gembira dapat atasi situasi di sana. Mungkin (kami) tak dapat sumbang emas tapi puas bagi pingat untuk Malaysia," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad