web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Paris 2024: Cabaran Kem Memanah Berakhir

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2024 8:36AM

Nurul Azreena Mohamad Fazil - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Cabaran pemanah wanita negara di Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir selepas Nurul Azreena Mohamad Fazil terbukti belum mampu memberi saingan kepada pemanah handalan dunia apabila ditunjukkan jalan keluar pada pusingan penyingkiran 1/32 di sini, Khamis.

Aksi di Invalides yang ditunda daripada Rabu kerana cuaca buruk menyaksikan Nurul Azreena tewas 0-6 kepada pemanah Turkiye Elif Berra Gokkir.

Atlet berusia 20 tahun itu memulakan set pertama dengan kekalahan 27-29 mata sebelum dihantui rasa gementar pada set seterusnya yang beliau tewas 22-27 dan 25-27.

Wakil Turkiye itu bakal mencabar Mobina Fallah dari Iran pada perebutan slot ke pusingan 16 terakhir.

Kecewa dengan prestasi hambar, Nurul Azreena berkata beliau percaya boleh menampilkan prestasi yang lebih baik pada masa akan datang.

Malaysia membariskan tiga pemanah dengan hanya Syaqiera Mashayikh mara ke pusingan kedua atau penyingkiran 1/16 selepas menewaskan Alexandra Mirca dari Moldova 6-0 pada pusingan penyingkiran 1/32 namun tunduk 5-6 kepada Ana Luiza Sliachticas Caetano dari Brazil selepas 'shoot-off.

Pada Rabu, pemanah muda Ariana Nur Diana Mohamad Zairi, 19, memberikan saingan sengit kepada juara dunia 2022 Chiara Rebagliati dari Itali sebelum tewas 5-6 melalui 'shoot-off' pada satu lagi aksi penyingkiran 1/32.

Bagi acara berpasukan wanita, trio negara tunduk 3-5 kepada Indonesia pada Ahad lepas.

Sementara itu, jurulatih merangkap Pengarah Teknikal skuad memanah negara, Lee Jae Hyung mengakui prestasi pemanah negara masih jauh berbanding pemanah terbaik dunia selain kekurangan persiapan bagi menghadapi temasya terbesar dunia itu.

Menurutnya pemanah negara perlu banyak meningkatkan diri daripada segala aspek seperti kemahiran, latihan dan pengalaman dalam kejohanan.

"Selepas ini kita perlu persiapkan pasukan untuk menghadapi Sukan SEA Thailand tahun depan. Dari situ perlu meningkatkan prestasi sehingga ke tahap Asia dan Olimpik," kata jurulatih berasal dari Korea Selatan itu yang fasih Bahasa Malaysia. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran