web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Atlet Malaysia, Teruskan Fokus Misi Memburu Emas’ - Hannah

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2024 3:09PM

Hannah Yeoh - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berharap atlet Malaysia yang masih bertanding di Paris terutama atlet di bawah program Road To Gold (RTG) untuk terus fokus dalam misi membawa pulang pingat emas Olimpik pertama negara.

Beliau meminta mereka supaya menggunakan masa yang ada sepenuhnya bagi melakukan persiapan terbaik sebelum turun bertanding dalam acara masing-masing.

Menurutnya sekretariat Malaysia di sana sedia membantu mana-mana atlet yang memerlukan bantuan.

"Saya berharap atlet yang masih bertanding untuk memanfaatkan masa yang ada di Paris dengan sepenuhnya kerana setiap hari itu bernilai.

"Saya juga berharap atlet-atlet di bawah program RTG untuk terus yakin kerana mereka sudah diberikan (perkhidmatan) yang terbaik," katanya kepada media selepas menghadiri Larian Amal AEON di Anjung Floria di sini hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada perenang negara Khiew Hoe Yean dan penembak Johnathan Wong, atas usaha keras mereka di temasya berprestij itu.

Semalam, Hoe Yean menamatkan kempen Olimpiknya pada pusingan saringan kedua 400 meter (m) gaya bebas lelaki manakala Johnathan gagal melayakkan diri ke pusingan akhir 10 meter (m) air pistol lelaki selepas menduduki tempat ke-26 daripada 33 peserta.

Hannah akan berangkat ke Paris pada 31 Julai ini untuk memberikan semangat kepada kontinjen negara.

Sementara itu, pada majlis hari ini, Hannah bersama Presiden Yayasan AEON Malaysia Datuk Iskandar Sarudin menyampaikan sumbangan RM1 juta kepada program AEON KASIH.

Program tersebut bermatlamat membantu golongan B40 yang memerlukan bantuan dari segi kos perubatan atau rawatan. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad