web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Thomas: Tze Yong Digugurkan, Hon Jian Isi Kekosongan – Rexy

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 4:10PM

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky ketika bercakap dengan media. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.

Perkembangan itu dikongsikan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky yang memaklumkan keputusan berkenaan dicapai semalam setelah perbincangan mendalam bersama barisan kejurulatihan serta pengurusan.

"Kita gugurkan (Tze Yong) kerana keadaan dia tak memungkinkan untuk main, jadi kita buat keputusan dalam mesyuarat setelah berbincang.

"Kita memilih Hon Jian berdasarkan perbincangan dengan jurulatih beregu dan perseorangan selain perbincangan pihak pengurusan...kita harus melihat (keputusan) ini yang diperlukan pasukan dalam Piala Thomas," katanya kepada pemberita di ABM Bukit Kiara di sini hari ini. 

Selasa lepas Rexy memaklumkan Tze Yong perlu menjalani pengimejan resonans magnetik (MRI) susulan kecederaan tulang belakang yang dialaminya sekali gus bagi menentukan tahap kecergasan pemain di ranking ke-18 dunia itu.

Tze Yong disahkan mengalami kecederaan itu pada Kejohanan Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Shah Alam, Februari lepas dan telah menjalani pembedahan.

Rexy berkata, pemain negara ketika ini berada dalam keadaan positif untuk bertarung di China serta berharap Hon Jian, 23, akan menyertai kem latihan pusat di ABM secepat mungkin untuk mendapatkan semangat kerjasama berpasukan.

"Orang melihat bahawa pasukan kita ini seperti kelam-kabut tapi kita menunjukkan bahawa kita tetap fokus dan kem latihan ini berjalan lancar...dan saya rasa ini mungkin suatu kesempatan (untuk Hon Jian dan pasangannya Muhammad Haikal Nazri), mereka teruja (dengan) kesempatan yang diberikan," katanya. 

Menurut Rexy, pemain beregu Soh Wooi Yik dipilih sebagai ketua pasukan bagi kejohanan badminton berpasukan itu yang akan bermula pada 27 April hingga 5 Mei ini di Chengdu.

Ditanya peluang negara mengatasi Hong Kong dalam pusingan pertama, Rexy berkata, pemain perlu berwaspada apabila berdepan laluan rumit dan jika semuanya berjalan lancar, beliau menjangkakan skuad negara mampu memenangi perlawanan itu dengan mata 3-2 atau 4-1. 

"Ya, memang kalau lawan Hong Kong sesuatu yang agak rumit...kalau boleh lepas Hong Kong, bererti sebelah kaki sudah di suku akhir.

"Kita bergantung pada dua perseorangan dengan adanya Lee Zii Jia dan Junhao naik pemain kedua (selepas Ng Tze Yong digugurkan)," katanya.

BAM sebelum ini menyenaraikan Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Cheam June Wei, Justin Hoh, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Muhammad Haikal Nazri dan terkini, Hon Jian bagi membawa cabaran negara ke Piala Thomas 2024.

Malaysia, selaku pilihan kelima kejohanan, diundi dalam Kumpulan D bersama jaguh Eropah yang juga juara 2016 Denmark, Hong Kong dan Algeria.

Dalam pada itu, Rexy menerusi kenyataan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, badan induk itu tidak akan sama sekali berkompromi dengan kesihatan pemain berusia 24 tahun itu yang mengalami keadaan jarang jumpa selepas pembedahan endoskopi tulang belakang. 

"Susulan rundingan dengan kedua-dua doktor Institut Sukan Negara (ISN) dan doktor yang menjalankan pembedahan ke atas beliau, Tze Yong akan menjalani pembedahan untuk merawat simptom dan melanjutkan pemulihannya...beliau telah dikeluarkan daripada skuad Piala Thomas.

"Kesihatan dan kesejahteraan Tze Yong adalah yang paling utama...kami mesti melakukan apa yang terbaik untuk Tze Yong dan pastikan beliau sembuh sepenuhnya," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Bakal Terima Bayaran 'Hak Imej' Untuk Piala Thomas

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Mental Pemain 'Goyah' Dengan Perubahan Taktikal Pada Aksi Final BATC 2024

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Tewaskan Jepun Untuk Muncul Juara Kumpulan D

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad