Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mental Pemain 'Goyah' Dengan Perubahan Taktikal Pada Aksi Final BATC 2024

Sukan Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 1:08PM

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky mengakui mental pemain negara sedikit 'goyah' selepas terpaksa berhadapan dengan perubahan taktikal pada aksi final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 menentang China, semalam.

Situasi itu berlaku apabila dua tonggak perseorangan utama negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong direhatkan susulan tidak berada dalam keadaan cergas sepenuhnya kerana difahamkan masing-masing mengalami kesukaran bernafas akibat resdung dan kecederaan belakang.

"Memang ya (pemain rasa goyah melihat senarai pemain). Kita ambil contoh dalam bola sepak yang ada Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi, apabila tiba-tiba tidak ada pasti ada kesan dan (berfikir) siapa mahu jaringkan gol. 

“Perjalanan (di final) pasti ada tekanan kerana tidak boleh terlepas satu perlawanan (untuk sumbang mata) tidak kira perseorangan mahupun beregu supaya tidak sampai ke set penentuan.

“Kalau sudah sampai (set penentuan) kita boleh cakap segalanya tidak mustahil berlaku," katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Setia City di sini semalam.

Beliau menganggap perkara itu telah memberi kelebihan serta menaikkan semangat pemain China untuk menampilkan corak permainan lebih 'garang' sekali gus menguasai perlawanan. 

Bagaimanapun, Rexy tetap memberi pujian kepada barisan negara terutamanya Leong Jun Hao yang menggalas tanggungjawab sebagai pemain perseorangan pertama dengan baik apabila berjuang bermati-matian hingga mata terakhir sebelum tewas di tangan Weng Hong Yan.

"Saya lihat Jun Hao boleh ambil tanggungjawab (besar itu). Kita tak boleh cakap dia tak bagus sebab dia telah buat yang terbaik. Tiada siapa mahu kalah bermain di rumah sendiri dan pasti mahu jadi juara. Kita sudah berusaha beri yang terbaik (namun perlu akui) China lebih baik," katanya.

Pada aksi final semalam, hasrat skuad lelaki negara mempertahankan gelaran BATC pada edisi 2024 tidak kesampaian apabila tumpas 0-3 kepada skuad China.

Pada perlawanan itu, Jun Hao yang berada di ranking ke-38 dunia tunduk kepada Weng Hong Yang, 19-21 dan 17-21, sebelum usaha pasangan juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memberi sinar harapan kepada kem badminton tidak menjadi apabila ditewaskan Xie Hao Nan-Zheng Wei Han, 16-21, 21-16 dan 21-23.

Perseorangan kedua Eogene Ewe (ke-298 dunia) yang dipertaruhkan Malaysia selepas ketinggalan 0-2 terus mengikut rentak sumbang apabila mudah ditumbangkan Lei Lan Xi menerusi permainan straight set 10-21 dan 14-21. 

Dalam pada itu, Rexy mengakui barisan kejurulatihannya mempunyai banyak 'kerja' untuk membentuk pasukan mantap bagi menghadapi saingan Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, April ini.

"Kita selalu kata pasukan Malaysia kuat bagaimana kita harus membuat pasukan itu kukuh. Siapa pun pemainnya, dia harus kukuh. Sebab, kalau kita tidak ada satu komitmen untuk kukuh sebagai pasukan, kita hanya nampak kuat tapi akhirnya kita hanya tin kosong.

"Kalau tanya saya mahu jadi juara, sudah pasti kerana saya ada mentaliti juara, tetapi juara bukan datang dari saya kerana ia datang daripada orang (atlet) yang memerlukan...(atlet) yang main dalam lapangan. Kita (jurulatih) cuma boleh memberi arahan dan panduan," katanya.

Beliau turut memaklumkan masih terlalu awal untuk mengeluarkan senarai nama pemain terpilih dalam Piala Thomas kerana masih berbaki beberapa kejohanan yang menjadi medan bagi menilai prestasi atlet negara antaranya Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di China.

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Piala Thomas: Tze Yong Digugurkan, Hon Jian Isi Kekosongan – Rexy

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Kes Tembak Di Pasir Mas

Semasa 1 hari yang lalu

Pesawat Ringan Terhempas, 2 Terselamat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita