web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Bakal Terima Bayaran 'Hak Imej' Untuk Piala Thomas

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2024 8:28AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyertaan pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas negara memerlukan kos kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu melakukan bayaran 'hak imej' kepada pemain tersebut.

Team LZJ, dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.

"Kami menghargai kepentingan hak imej untuk kehidupan seorang atlet profesional yang bebas daripada naungan persatuan. Kami sangat gembira kerana BAM menyedari perkara ini dan menyokong kewujudan atlet profesional.

"Adalah harapan kami agar kita semua dapat melihat ini sebagai penambahbaikan sukan ini bukan sahaja untuk kita tetapi untuk atlet profesional mewakili negara pada masa hadapan," menurut pasukan itu.

Team LZJ juga memaklumkan hasrat pemain ranking ke-11 dunia itu untuk menyarung jersi negara pada kempen Piala Thomas di Chengdu, China dari 28 April hingga 5 Mei ini tidak pernah dipertikaikan.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, Pengarah Pentadbiran BAM, Michelle Chai berkata, pengumuman skuad Piala Thomas terpaksa mengambil sedikit masa berikutan perbincangan dengan pihak Zii Jia mengenai 'pampasan' untuk mewakili skuad negara.

Zii Jia, yang meninggalkan BAM pada Januari 2022, adalah pemain yang ditaja oleh Victor iaitu pesaing kepada Yonex yang menjadi salah satu penaja utama kepada BAM.

BAM semalam mengumumkan skuad Piala Thomas, selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Cheam Jun Wei dan Justin Hoh dalam acara perseorangan lelaki.

Gandingan utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetuai kem beregu yang turut dibarisi Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani serta Muhammad Haikal Nazri.

Malaysia, yang menjadi pasukan pilihan kelima dalam kempen Piala Thomas, diundi dalam Kumpulan D bersama-sama jaguh Eropah dan juara 2016, Denmark, Hong Kong dan Algeria.

Dalam itu, Zii Jia tersingkir di suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China, semalam apabila tewas mudah 11-21, 6- 21kepada juara All England, Jonatan Christie dari Indonesia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad