Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Piala Thomas: Malaysia Tewaskan Jepun Untuk Muncul Juara Kumpulan D

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 8:21AM

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menyumbangkan mata ketiga Malaysia menentang Jepun. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Malaysia menjuarai Kumpulan D dalam Pusingan Akhir Piala Thomas 2022 di Impact Arena di sini selepas menewaskan Jepun 3-2.

Kemenangan itu sekali gus melunaskan dendam skuad negara ke atas kekalahan 4-1 ketika bertemu juara 2014 itu pada edisi peringkat kumpulan sebelum ini di Aarhus, Denmark.

Kapten pasukan Aaron Chia dan pasangan beregunya Teo Ee Yi, mencuri tumpuan apabila mereka berjaya memainkan peranan pada saat getir untuk menyumbang mata ketiga yang juga mata kemenangan buat Malaysia pada perlawanan keempat.

Aaron-Ee Yi yang diturunkan sebagai beregu kedua negara membuktikan kekuatan daya tahan mereka apabila berjaya mengharungi 50 minit perlawanan penuh debaran bagi mengatasi pasangan Jepun Akira Koga-Yuta Watanabe, 22-20, 21-17.

Aaron berkata beliau gembira mereka berjaya melakukan kejutan dengan mengalahkan Koga-Watanabe yang mempunyai sedikit kelebihan di atas kertas.

Apa yang lebih menarik, menurut Aaron kehadiran Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky berhampiran gelanggang sememangnya menaikkan motivasi mereka.

“Coach Rexy sentiasa mengingatkan mental kena kuat, jangan cepat putus asa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan.

Terdahulu, jaguh perseorangan negara Lee Zii Jia memberi sinar harapan kepada pasukan kebangsaan apabila beliau mudah menguasai perlawanan pertama berdepan Kento Momota.

Pemain nombor enam dunia itu dilihat garang sejak awal permainan yang menyaksikan Momota ketinggalan lapan mata dalam set pertama sebelum Zii Jia menang 21-17.

Segalanya tidak menjadi buat pemain nombor dua dunia Momota apabila beliau mengulangi kesilapan sama pada set seterusnya justeru membolehkan Zii Jia meraih kemenangan 21-8.

Meskipun gembira dapat menyumbang mata sulung buat Malaysia, Zii Jia percaya pemain Jepun itu yang ketika ini bukan pada kondisi terbaiknya akan bangkit semula.

Selain itu, strategi Malaysia untuk menurunkan juara beregu lelaki Terbuka Jerman 2022 Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sebagai beregu utama ternyata berhasil apabila mereka berjaya mengejutkan juara dunia Takuro Hoki-Yugo Kobayashi bagi membolehkan Malaysia mendahului dua mata.

Beregu nombor 13 dunia Sze Fei-Nur Izzuddin mempamerkan aksi mengagumkan untuk akhirnya meraih kemenangan pertama mereka ke atas pasangan nombor empat dunia itu selepas tiga kali pertemuan sejak Terbuka Perancis 2017.

Sze Fei-Nur Izzuddin menang set pertama dengan perbezaan tipis 21-19 dan terus mengutip mata kedua negara dengan mencatatkan kemenangan 21-16 pada set kedua.

Pemain senior Liew Daren bagaimanapun gagal membawa momentum kemenangan Malaysia dalam permainannya apabila beliau membuka ruang untuk Jepun meraih satu mata, selepas kecundang straight set kepada pemenang Terbuka Perancis 2021 Kanta Tsuneyama, 21-16, 22-20.

Walaupun Malaysia telah memusnahkan harapan Jepun untuk mengungguli peringkat kumpulan susulan kejayaan Aaron-Ee Yi, Kento Nishimoto terus berjuang bagi menundukkan pemain muda negara Leong Jun Hao, 21-6, 19-21, 21-15, dan menyumbang mata kepada pasukannya.

Sementara itu dalam perlawanan Kumpulan D, England menamatkan kempen mereka pada tempat ketiga selepas mengetepikan cabaran Amerika Syarikat 4-1. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 jam yang lalu

Piala Thomas: Tze Yong Digugurkan, Hon Jian Isi Kekosongan – Rexy

2

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Sukan 6 hari yang lalu

Zii Jia Bakal Terima Bayaran 'Hak Imej' Untuk Piala Thomas

4

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Festival Air Sedunia Maha Songkran Bermula Di Thailand

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 6 jam yang lalu

Menteri Luar ASEAN Gesa Hentikan Segera Keganasan Di Sempadan Myanmar

Semasa 1 hari yang lalu

Rayuan Pendakwaan Terhadap Keputusan Kes Kematian Zulfarhan Didengar 14 Mei

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

Semasa 6 jam yang lalu

Beras, Barang Dapur Dibakar Adalah Stok Simpanan Yang Rosak - Ismail

oleh Wartawan Getaran